JAKARTA: Menteri Pertahanan yang juga calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto untuk pilihan raya negara itu pada tahun depan mengumumkan anak sulung penyandang Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), Gibran Rakabuming Raka akan menjadi pasangan beliau bagi calon Naib Presiden dalam pilihan Presiden tersebut.
"Gabungan Indonesia Maju telah melakukan perbincangan akhir dan bersetuju mencalonkan Prabowo Subianto sebagai calon Presiden dan Gibran Rakabuming Raka sebagai calon Naib Presiden," kata Prabowo dari Parti Gerindra ketika membuat pengumuman tersebut di kediamannya di Jakarta, seperti dilaporkan oleh agensi berita ANTARA.
Menurut Prabowo, mengatakan keputusan tersebut diambil secara bulat, dan semua parti anggota gabungan Indonesia Maju mencapai konsensus mengenai keputusan tersebut.
Saat mengumumkan nama pasangan calon wakil presiden, beliau didampingi beberapa ketua parti anggota gabungan termasuk Ketua Golkar, Airlangga Hartarto; Ketua Parti Amanat Nasional (PAN), Zulkifli Hasan; Ketua Parti Bulan Bintang (PBB), Yusril Ihza Mahendra dan Ketua Demokrat, Agus Harimurti Yudhoyono.
Namun begitu, Raka, yang juga sebagai Wali Kota Surakarta tidak hadir ketika pengumuman itu dibuat.
Pada Sabtu lalu, Golkar mencadangkan Raka menjadi pasangan calon Naib Presiden Prabowo dalam pemilihan presiden 2024.
Pasangan Subianto-Raka belum mendaftarkan diri mereka di Komisi Pemilihan Umum (KPU), sementara pasangan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD sudah mendaftarkan diri pada hari Kamis (19 Oktober).
Pendaftaran pasangan calon Presiden dan Naib Presiden akan terbuka dari 19 hingga 25 Oktober 2023. - Agensi
Agensi
Mon Oct 23 2023
Prabowo Subianto (kiri) mengumumkan Gibran Rakabuming Raka akan menjadi pasangan beliau bagi calon Naib Presiden dalam pilihan Presiden Indonesia 2024.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Anak Jokowi diumum calon Naib Presiden Indonesia, berganding dengan Prabowo Subianto
Gibran Rakabuming Raka akan menjadi pasangan calon Naib Presiden dalam pemilihan Presiden tahun depan.