ANAK jati dari Seremban, Negeri Sembilan, Chris Pillai dilantik sebagai Datuk Bandar di Calderdale, Yorkshire Barat, England selepas mengangkat sumpah pada 19 Mei lepas.
Pillai atau nama sebenarnya Thiruvenkatar Krishnapillai JP melapor diri secara rasmi sebagai Datuk Bandar di Pejabat Datuk Bandar Borough of Calderdare dalam satu majlis yang dianjurkan Halifax Minster.
Pillai sepatutnya memegang tanggungjawab tersebut sejak tahun lalu, namun akibat daripada pandemik COVID-19, Datuk Bandar Dot Foster meneruskan peranannya untuk sementara waktu.
Jelas Pillai, beliau yang sepatutnya mengambil alih tugas itu lebih awal berasa sangat dihormati dan bertuah kerana terpilih sebagai Datuk Bandar bukan kelahiran United Kingdom.
“Saya merasa sangat dihormati dan bertuah kerana dipilih sebagai Datuk Bandar berasal dari Malaysia yang pertama di bandar bersejarah Yorkshire Barat.
"Dengan ini, saya akan melaksanakan tugas saya dengan sehabis baik untuk berkhidmat kepada masyarakat di bandar Calderdale,” ujarnya memetik laporan The Vibes.
Beliau sering berhijrah dan sebelum ini, Pillai juga pernah meninggalkan Malaysia untuk menjalani latihan sebagai jururawat di London pada tahun 1971.
“Saya mengambil jurusan sebagai jururawat di England, dengan bersikap terbuka bahawa saya akan menerima sebarang tawaran yang sesuai dengan saya.
“Saya benar-benar bertuah kerana diterima oleh Moorfields Eye Hospital di London yang terkenal di dunia,” katanya.
Sejak itu, Pillai memegang banyak peranan dalam sektor penjagaan kesihatan seperti tugas jururawat kanan di Greenwich Area Health Authority, London (1984-1988), pengarah / rakan kongsi di Ivy House Nursing and Residential Home, Brighouse (1989-2004), dan pengarah bukan eksekutif di South West Yorkshire Mental Health Trust (2002-2006) .
Sebagai Timbalan Datuk Bandar Calderdale, Pillai dengan isterinya Beverley sebelum ini telah menghadiri lebih daripada 70 majlis sivil.
Pillai sering tertarik dengan perkembangan sosial, masyarakat, dan kesihatan.
Minat ini disokong sepenuhnya oleh mendiang ibu bapanya iaitu, Encik dan Puan Krishnapillai.
Meskipun tidak berada di sebuah negara yang sama, mereka tidak pernah gagal memberikan semangat buat Pillai dari jarak jauh.
Pasangan ini juga ada kalanya pulang ke Seremban untuk bercuti dan meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga.
Untuk makluman, Calderdale terletak kira-kira 300km di timur laut London.
Astro Awani
Thu Jun 03 2021
![Anak jati Seremban Chris Pillai dilantik sebagai Datuk Bandar Yorkshire Anak jati Seremban Chris Pillai dilantik sebagai Datuk Bandar Yorkshire](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622761787_TBChrisPillai.jpg)
Chris Pillai ditabal sebagai Datuk Bandar di Calderdale, Yorkshire Barat, England selepas mengangkat sumpah pada 19 Mei lepas. -Laman web Calderdale Council
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Anak jati Seremban Chris Pillai dilantik sebagai Datuk Bandar Yorkshire Anak jati Seremban Chris Pillai dilantik sebagai Datuk Bandar Yorkshire](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622761787_TBChrisPillai.jpg)
Anak jati Seremban Chris Pillai dilantik sebagai Datuk Bandar Yorkshire
Pasangan ini juga ada kalanya pulang ke Seremban untuk bercuti dan meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga.