KUALA LUMPUR: Biarpun terdapat pertambahan pelaburan dari China, Amerika Syarikat tetap merupakan pelabur utama di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungan baik dengan Amerika Syarikat telah lama terjalin dan akan diteruskan.

Anwar berkata, perkara tersebut juga disentuh dalam satu pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Camila Harris, di Jakarta baru-baru ini.

"China telah menjadi pemain utama dalam pelaburan tetapi seperti yang anda tahu biarpun terdapat peningkatan dari segi pelaburan dan perdagangan dengan China, Amerika Syarikat merupakan rakan tradisi.

"Jumlah pelaburan dari Amerika Syarikat ke Malaysia masih kekal nombor satu.

"Bukan hanya itu, kami memperolehi keuntungan dengan penglibatan syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucap tama "Regaining Malaysia's Lead in Asia" di acara Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia di New York pada Khamis.