BRUSSELS: Syarikat gergasi dalam talian Amerika Syarikat (AS) Amazon mencabar penyertaannya dalam senarai syarikat yang dikenakan peraturan yang lebih sukar di Kesatuan Eropah.
Syarikat teknologi yang berpangkalan di Seattle itu merayu kepada mahkamah Kesatuan Eropah di Luxembourg, untuk mencabar statusnya sebagai "platform dalam talian yang sangat besar" (VLOP) di bawah Akta Perkhidmatan Digital (DSA) EU, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Amazon pada Selasa berhujah bahawa sebagai peruncit barangan pengguna, kumpulan itu bukanlah jenis platform dalam talian untuk peraturan DSA dibuat.
DSA bertujuan untuk memastikan bahawa platform dalam talian yang besar mengawal kandungan dalam talian dengan membuang kandungan haram daripada laman web mereka dengan lebih cepat berbanding sebelum ini. Platform besar perlu mengikuti lebih banyak peraturan daripada yang lebih kecil.
Perniagaan yang diklasifikasikan sebagai VLOP dan enjin carian dengan lebih daripada 45 juta pengguna aktif setiap bulan dikenakan syarat yang sangat ketat.
Ini termasuk mengemukakan penilaian risiko sekali setahun mengenai kandungan berbahaya dan mencadangkan tindakan balas. Mereka juga harus berkongsi data dengan pihak berkuasa dan penyelidik.
Amazon berpendapat bahawa ia bukan peruncit dalam talian terbesar di mana-mana negara anggota EU.
Syarikat itu berkata bahawa akan menjadi kerugian jika ia ditetapkan sebagai VLOP dan terpaksa mematuhi peraturan DSA ketika pesaing lain tidak.
Suruhanjaya EU juga telah menetapkan pasaran beli-belah Google dan peruncit dalam talian China Alibaba sebagai VLOP.
Peruncit fesyen dalam talian yang berpangkalan di Berlin, Zalando memfailkan aduan terhadap klasifikasi VLOPnya dengan Mahkamah Keadilan Eropah di Luxembourg pada Jun. Keputusan dalam kes itu, dijangka diketahui paling awal dalam beberapa bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Amazon berhujah bahawa sebagai peruncit barangan pengguna, kumpulan itu bukanlah jenis platform dalam talian untuk peraturan DSA dibuat. - Gambar/ Unsplash
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Biden dijadual lawat Amazon, lawatan bersejarah bagi Presiden AS
Joe Biden dijadual melawat hutan hujan Amazon sebagai sebahagian daripada lawatan beliau ke Amerika Selatan.
Amazon tangguh pengenalan Alexa dikuasakan AI ke 2025
Amazon menangguhkan pengenalan Alexa AI ke tahun 2025 kerana menghadapi beberapa cabaran pembangunan.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Amazon dilapor akan guna Claude AI untuk kuasakan Alexa generasi baharu
Amazon mungkin bekerjasama dengan Anthropic dan menggunakan Claude AI untuk menguasakan Alexa generasi baharu.
Langganan bulanan Alexa dengan AI akan tiba pertengahan Oktober ini
Alexa serba baharu ini turut akan lebih memahami konteks arahan pengguna secara mendalam termasuk dengan bertanya mengenai perkara yang disukai serta menyampaikan promosi jualan di Amazon.
Pelaburan AWS: Cerminan keyakinan pelabur terhadap Ekonomi Madani - PM
Anwar berkata ia bukan sahaja membawa limpahan besar kepada negara, malah kemakmuran berpanjangan buat rakyat.
AWS Region dilancarkan di Malaysia hari ini
Ia akan membuat pelaburan AS$6.2 bilion di Malaysia menjelang 2038, meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan membantu perniagaan tempatan.
Amazon dilapor pertimbang kenakan caj bulanan untuk Alexa
Caj bulanan ini bakal menawarkan sejumlah akses tambahan dan kebolehan yang lebih baik melalui Alexa. Mengikut
NVIDIA pintas Amazon sebagai syarikat kelima paling bernilai di dunia
Nilai pasaran NVIDIA mencecah $1.78 trilion (RM 8.52 trilion) selepas pasaran saham ditutup berbanding Amazon dengan nilai $1.75 trilion (RM 8.37 trilion).
Amazon perkenal chatbot beli-belah AI 'Rufus'
Rufus masih di peringkat ujian beta dalam kelompok pengguna kecil di AS, sebelum dilancarkan lebih meluas pada minggu akan datang.