Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam menegaskan bahawa amalan populis untuk jangka pendek hanya akan melemahkan negara itu.
Tony dalam ucapannya pada malam semalam memberitahu bahawa “ ‘Adalah penting untuk mempertahankan politik yang konstruktif yang mengutamakan rakyat dan negara’ dalam usaha untuk mencapai sasaran yang diletakkan oleh pemerintah,”.
“Pergolakan politik di beberapa negara menyebabkan amalan populis jangka pendek diamalkan yang kemudiannya hanya akan melumpuhkan dan menyebabkan negara berada dalam keadaan kacau bilau,” katanya.
Beliau menggesa ahli politik dan warga Singapura untuk meneruskan perdebatan yang jitu dalam menghadapi cabaran negara dan sentiasa bersedia untuk mengambil pendekatan yang bermanfaat di masa hadapan.
“Kadang kala, perdebatan ini akan mencetuskan keghairahan dalam melahirkan idea-idea bermanfaat namun janganlah disebabkan perbezaan politik maka kita terpisah. Kita mungkin mempunyai pandangan berbeza namun kesemua pihak perlu mengambil perspektif jangka masa panjang untuk manfaat bersama,”.
Beliau menambah, “Setelah perdebatan selesai, kita harus bersama semula untuk maju ke hadapan sebagai satu rakyat yang bersatu,”.
Ucapan presiden itu membuka sesi kedua sidang parlimen penggal ke-12 setelah ditangguhkan pada 15 April lalu.
Aizat Sharif
Sat May 17 2014
Amalan populis hanya akan jejaskan negara
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Hapus GST: Pembangkang bersifat populis, tidak bertanggungjawab - Othman Aziz
Beliau yakin, pembangkang tidak mampu menghapuskan sistem percukaian itu kerana sehingga kini mereka tidak ada alternatif serta alasan yang konkrit untuk menampung kelompangan.
Keputusan kerajaan dibuat atas dasar tanggungjawab - PM Najib
Segala keputusan dan perancangan dibuat kerajaan adalah bersandarkan kepada dasar tanggungjawab demi menjamin masa depan negara yang lebih baik.
Pemuda UMNO: Kita tak minat pelawaan kerjasama AMK - Azwan Bro
Ia disifatkan sebagai taktik politik jangka pendek dan lebih kepada langkah menangguk di air keruh.
Mahasiswa Nasional nyata sokongan kepada kepimpinan UMNO, kerajaan
"Kepimpinan kerajaan perlu berfikir panjang sekiranya ingin melaksanakan sesuatu tindakan yang tidak populis di mata rakyat," kata Mahasiswa Nasional dalam satu kenyataan media hari ini.
'Saya bukan pemimpin oportunis' - Azmin
Menteri Besar Selangor Azmin Ali menolak dakwaan yang beliau seorang pemimpin 'oportunis' dan 'populis' sepanjang tempoh mentadbir negeri itu.