LONDON: Peguam hak asasi manusia Britain, Amal Clooney merupakan penasihat khas dalam siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mendorong pendakwa raya dalam kes itu memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan tiga pemimpin Hamas.
Perkara itu dikongsi Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan dalam ucapan penghargaannya kepada Amal Clooney.
Karim menyifatkan Amal Clooney sebagai sebahagian daripada "panel pakar dalam undang-undang antarabangsa" yang menyemak segala bukti.
Sementara itu, dalam mesej di laman web yayasannya, Amal Clooney berkata, Karim telah meminta bantuannya "dengan menilai bukti jenayah perang yang disyaki dan jenayah terhadap kemanusiaan di Israel dan Gaza."
“Saya bersetuju dan menyertai panel pakar undang-undang antarabangsa untuk melaksanakan tugas ini.
“Bersama-sama kami telah terlibat dalam proses yang meluas bagi semakan bukti dan analisis undang-undang, termasuk di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.
“Walaupun latar belakang peribadi kami yang pelbagai, penemuan undang-undang membuatkan kami sebulat suara. Kami telah sebulat suara memutuskan bahawa mahkamah (ICC) mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah yang dilakukan di Palestin dan oleh warga Palestin.
“Kami sebulat suara membuat kesimpulan bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pemimpin Hamas iaitu Yahya Sinwar, Mohammed Deif dan Ismail Haniyeh telah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk pengambilan tebusan, pembunuhan dan jenayah keganasan seksual.
“Kami sebulat suara membuat kesimpulan bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant telah melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, termasuk kebuluran sebagai kaedah peperangan, pembunuhan, penganiayaan dan pemusnahan,” tegas peguam berkenaan yang juga isteri kepada aktor ternama Hollywood, George Clooney.
Amal Clooney sebelum ini berdepan kritikan kerana gagal mengkritik secara terbuka perang di Gaza.
Bagaimanapun, pada Isnin, peguam berdarah kacukan Britain-Lubnan itu menerima banyak mesej yang dikirim kepadanya di media sosial dan meminta maaf atas komen negatif mereka sebelum ini dan memuji peranannya dalam siasatan ICC.
Peguam itu berkata, persetujuannya untuk berkhidmat sebagai panel kerana beliau percaya pada kedaulatan undang-undang dan "keperluan untuk melindungi nyawa orang awam."
Amal Clooney menambah: “Undang-undang yang melindungi orang awam dalam peperangan telah dibangunkan lebih 100 tahun lalu dan ia terpakai di setiap negara di dunia, tanpa mengira sebab konflik.
“Sebagai seorang peguam hak asasi manusia, saya tidak akan pernah menerima bahawa nyawa seorang kanak-kanak mempunyai nilai yang lebih rendah daripada nyawa yang lain.
“Saya tidak menerima bahawa sebarang konflik harus berada di luar jangkauan undang-undang atau mana-mana pelaku harus berada di atas undang-undang. Jadi saya menyokong langkah bersejarah yang telah diambil oleh pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk membawa keadilan kepada mangsa kekejaman di Israel dan Palestin.”
Pemimpin Israel dan Hamas telah menolak dakwaan bahawa mereka bersalah atas jenayah perang dan wakil kedua-dua pihak mengkritik keputusan Karim. - Arab News
Agensi
Mon May 20 2024

Amal Clooney merupakan penasihat khas dalam siasatan ICC yang mendorong pendakwa raya dalam kes itu memohon waran tangkap dikeluarkan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan tiga pemimpin Hamas. - Gambar fail AP
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Amal Clooney nasihati ICC dapatkan waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas
Peguam yang juga isteri pelakon Hollywood, George Clooney itu merupakan penasihat khas ICC dalam kes memohon waran tangkap ke atas pelaku jenayah perang.

Syed Saddiq, Yeo Bee Yin disenarai sebagai 'Young Global Leaders'
Golongan belia tersebut menyertai alumni tersohor seperti Amal Clooney, pengasas Google Larry Page dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya
Ia berikutan tindakan majalah bernama Voici itu menyiarkan beberapa keping foto anak kembarnya tanpa izin.

George Clooney dan Amal sambut kelahiran kembar, Ella dan Alexander
Jurucakap Clooney mengesahkan berita tersebut kepada saluran berita CNN dan memaklumkan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.