LONDON: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyelar pelobi dan kempen antiminyak sawit yang menyalahkan tanaman tersebut atas kemerosotan populasi orang utan, menyatakan aktiviti pemburuan memberikan ancaman yang jauh lebih besar kepada kehilangan biodiversiti berbanding perladangan kelapa sawit.
"Inilah kebenarannya: jumlah (orang utan) kekal kukuh pada 11,000 sejak lima tahun lepas. Sudah tiba masanya untuk menukar tumpuan kita," katanya dalam ucaptama mengenai "Sustainable Trade and Responsible Business Practice in A New Global Area" pada International Sustainable Palm Oil Forum di sini pada Jumaat.
Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata media barat perlu memberi perhatian kepada isu ini.
"Mari asingkan fakta daripada fiksyen dan berdepan dengan cabaran sebenar," katanya pada forum itu anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific, yang menyaksikan penyertaan antara lainnya kumpulan pelobi Parlimen, masyarakat awam dan pertubuhan bukan kerajaan.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakri Jaafar, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni dan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi Datuk Mad Zaidi Mohd Karli.
"Ia bukanlah suatu keburukan alam sekitar sepertimana yang dilabelkan. Sebaliknya, realitinya adalah bukti jelas kelestarian serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) - amalan yang mesra (alam). Tidak seperti tanaman lain, pokok sawit bertindak sebagai penyelamat dengan menyerap karbon dioksida dan mengubah ladang-ladang kita sebagai sinki karbon.
"Ini bukan sekadar kata-kata saya (sebaliknya) Institut Penyelidikan Produk Hutan dan Perhutanan Jepun turut mengesahkan bahawa kelapa sawit mengatasi hutan semula jadi dari segi keupayaannya menyerap sehingga empat kali lebih banyak karbon dioksida. Oleh itu, apabila berbicara mengenai penjujukan karbon, minyak sawit jauh lebih tinggi daripada soya, minyak sesawi dan bunga matahari," katanya.
Malaysia komited usaha lestari, bukan cakap kosong
Timbalan Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa Malaysia kekal tegas dalam komitmennya terhadap usaha kelestarian dan pemuliharaan.
"Kita tidak pernah bersikap lepas tangan dalam melindungi soal biodiversiti. Daripada Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Taman Negara Pulau Penyu, Taman Negara Sipadan, Lembah Danum -- (kewujudan) projek-projek ini membuktikan lagi dedikasi kita dalam melindungi warisan semula jadi.
"Malah, kita bukannya bercakap kosong sebaliknya memang mengambil tindakan konkrit. Kementerian saya misalnya turut menerajui usaha pembentukan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGF)," katanya.
Fadillah menyifatkan yayasan tersebut jelas sebagai bukti sokongan padu Malaysia terhadap inisiatif pemuliharaan dalam industri minyak sawit.
"Komitmen kita terhadap alam sekitar ini tiada sempadan. MPOGCF ini bukan sekadar menumpukan aspek orang utan sebaliknya turut menjangkau bagi melindungi pelbagai spesies hidupan liar termasuk gajah pigmi yang comel di Sabah. Secara bersama, kita sebenarnya sedang melakukan realiti perubahan yang sebenar," katanya.
Minyak sawit dan ekonomi
Jika diteliti, minyak sawit dan sektor komoditi tidak hanya memberi manfaat untuk alam sekitar tetapi turut berperanan sebagai nadi ekonomi.
Sejak bertahun lamanya, sektor tersebut menyumbang secara signifikan kepada usaha meningkatkan lagi taraf hidup rakyat dan mengurangkan kemiskinan.
Setakat ini, sektor komoditi menggaji hampir 450,000 orang pekebun kecil sama ada di kelompok persendirian atau pekebun kecil di tanah-tanah rancangan.
Pada 2022 sahaja, sektor agrikomoditi Malaysia mencatat nilai dagangan sebanyak RM268.1 bilion dengan imbangan perdagangan sebanyak RM146.5 bilion.
Pendapatan eksport daripada produk agrikomoditi mencecah RM207.3 bilion atau 13.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Di samping itu, 2022 juga menyaksikan sektor berkenaan menyumbang sejumlah RM83.8 bilion kepada KDNK, sekali gus membuktikan kepentingan peranannya dari segi pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
![Aktiviti pemburuan lebih jejaskan biodiversiti, TPM Fadillah selar lobi antiminyak sawit Aktiviti pemburuan lebih jejaskan biodiversiti, TPM Fadillah selar lobi antiminyak sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685413262_FadillahYusof.jpg)
Fadillah Yusof menyelar pelobi dan kempen antiminyak sawit yang menyalahkan tanaman tersebut atas kemerosotan populasi orang utan. - Gambar fail/Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![TPM Fadillah terima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina TPM Fadillah terima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707839178_FadillahYusofPres.jpg)
TPM Fadillah terima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menerima kunjungan hormat Naib Presiden Filipina yang juga Setiausaha Pendidikan negara itu Sara Zimmerman Duterte-Carpio.
![Fadillah sertai acara larian antarabangsa di ibu kota bersama hampir 7,000 peserta Fadillah sertai acara larian antarabangsa di ibu kota bersama hampir 7,000 peserta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706978334_FadillahYusof.jpg)
Fadillah sertai acara larian antarabangsa di ibu kota bersama hampir 7,000 peserta
Selaku penaung Sarawak Volunteers yang menganjurkan acara larian itu, Fadillah turut melepaskan peserta bagi dua kategori lain iaitu 11 km dan 21 km.
![TPM Fadillah Yusof kongsi detik kembali ke sekolah lama di Parit Buntar TPM Fadillah Yusof kongsi detik kembali ke sekolah lama di Parit Buntar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692376015_FadillahYusof.jpg)
TPM Fadillah Yusof kongsi detik kembali ke sekolah lama di Parit Buntar
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini kembali ke sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang untuk lawatan tidak rasmi.
![Nilai eksport lada cecah RM54.5 juta setakat Mei lepas - TPM Fadillah Nilai eksport lada cecah RM54.5 juta setakat Mei lepas - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689410176_TimbalanPerdanaMen.jpg)
Nilai eksport lada cecah RM54.5 juta setakat Mei lepas - TPM Fadillah
Jumlah nilai eksport lada Malaysia mencecah RM54.5 juta sehingga Mei tahun ini yang merupakan satu pencapaian membanggakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Aktiviti pemburuan lebih jejaskan biodiversiti, TPM Fadillah selar lobi antiminyak sawit Aktiviti pemburuan lebih jejaskan biodiversiti, TPM Fadillah selar lobi antiminyak sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685413262_FadillahYusof.jpg)
Aktiviti pemburuan lebih jejaskan biodiversiti, TPM Fadillah selar lobi antiminyak sawit
Datuk Seri Fadillah Yusof menyelar pelobi dan kempen antiminyak sawit yang menyalahkan tanaman tersebut atas kemerosotan populasi orang utan.
![Malaysia semak semula beberapa perjanjian antarabangsa untuk lonjakkan industri angkasa Malaysia semak semula beberapa perjanjian antarabangsa untuk lonjakkan industri angkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684928391_FadillahYusof.jpg)
Malaysia semak semula beberapa perjanjian antarabangsa untuk lonjakkan industri angkasa
Malaysia sedang menyemak semula secara aktif beberapa perjanjian antarabangsa berkaitan sektor angkasa untuk meningkatkan lagi industri angkasa negara.
![Projek SSLR fasa dua dan tiga dalam proses penilaian - Fadillah Projek SSLR fasa dua dan tiga dalam proses penilaian - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676699099_FadillahYusof.jpg)
Projek SSLR fasa dua dan tiga dalam proses penilaian - Fadillah
Pembinaan Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Dua dan Tiga yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa perlu melalui Brunei kini dalam proses pengurusan dan penilaian harga.
![Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671888592_majlisChristmasGiv.jpg)
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.