Keganasan membabitkan kumpulan kartel dadah dan gangster di Brazil seakan tiada noktahnya.

Terbaharu sebuah stesen televisyen menyiarkan rakaman dari helikopter yang berjaya merakamkan aksi tembak menembak sekumpulan lelaki di Rio de Janeiro, ibu kota Brazil.

Rakaman tersebut yang disiarkan secara langsung oleh stesen tv berkenaan menunjukkan beberapa lelaki terpaksa berselindung di belakang sebuah bangunan di kawasan terpencil Preca Seca dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki bersenjata.

Aksi tersebut berlaku di kawasan awam dan adegan itu tidak ubah seperti aksi sebuah filem.

TONTON: Aksi mafia Brazil disiar secara langsung

Bagaimanapun tidak kelihatan mana-mana anggota polis yang berada di sekitar kawasan kejadian.

Brazil telah meletakkan tentera menjaga keselamatan di Rio, tetapi tidak ada tanda-tanda keadaan telah bertambah baik.