GUMPALAN darah terhasil pada otak seorang wanita di China selepas menghabiskan 20 jam terus-menerus bermain telefon bimbit dalam satu perjalanan keretapi.
Menurut South China Morning Post, wanita berusia 47 tahun itu telah menghabiskan masa bermain telefon sepanjang perjalanan bagi menghilangkan kebosanan.
Akibat keretapi yang sesak dengan penumpang, wanita itu dikatakan sukar bergerak dan kekal pada posisi tubuh mengiring ke kanan sepanjang perjalanan 20 jam.
Wanita tersebut kemudiannya pengsan selepas turun daripada keretapi sebelum dikejarkan ke hospital.
Selepas Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) dilakukan, didapati terdapat beberapa gumpalan darah pada otak wanita ini.
Seorang neurologist , First Affiliated Hospital, Jinan Universiti di Guangzho, Meng Heng berkata, “Kami mengeluarkan banyak gumpalan darah, hampir dua sentimeter secara keseluruhannya, kes ini adalah dua kali ganda daripada yang dihadapi pesakit pada kebiasaan.
“Kami membuat kesimpulan wanita ini kekal pada posisi tubuh terlalu lama dan mengakibatkan tekanan pada saluran darah leher bahagian kanan mangsa.”
Wanita yang tidak didedahkan identiti ini berada dalam keadaan yang sihat dan tidak menderita atau mengalami sebarang penyakit kardiovaskular sebelum kejadian itu.
Meng turut menegaskan bahawa para doktor kini melihat peningkatan pesakit muda yang menghadapi gumpalan darah.
Beliau turut menasihati pengguna telefon pintar agar berada dalam posisi yang selesa, memastikan terdapat pergerakan dan mengambil waktu rehat yang panjang dari melihat telefon telefon.
Ili Hadri Khalil
Thu Mar 15 2018
Akibat bermain telefon selama 20 jam, doktor mendapati terdapat gumpalan darah pada otak seorang wanita. Foto Pexel. - Gambar hiasan
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
Ahmad Zahid minta mangsa banjir utamakan keselamatan, patuhi arahan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mereka yang berada di kawasan berisiko banjir supaya mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
[TERKINI] Warga emas maut dihanyut arus deras di Kapit
Seorang warga emas maut selepas keretanya dihanyutkan arus deras di kilometer 4, Jalan Selirik, Kapit.
Kantin sekolah boleh bincang dengan ibu bapa untuk naik harga - Fadhlina
Pengusaha kantin sekolah boleh mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah serta wakil PIBG untuk mendapatkan persetujuan sebelum menaikkan harga jualan makanan di kantin sekolah.
PGK bukan metrik utama kelayakan bantuan kebajikan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bukan satu-satunya kaedah yang digunapakai kerajaan bagi menilai kelayakan individu bagi permohonan bantuan kebajikan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat pelbagai faktor lain yang diambil kira untuk memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan disediakan oleh kerajaan.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terdapat pelbagai faktor lain yang diambil kira untuk memastikan mereka yang layak dan berkeperluan mendapat akses kepada bantuan disediakan oleh kerajaan.
Kes penipuan kewangan perlu disiasat, lindung hak pengguna
Bank Negara Malaysia telah menetapkan keperluan ke atas institusi kewangan untuk menjalankan siasatan terperinci dan telus untuk setiap kes penipuan kewangan bagi memperkukuhkan perlindungan terhadap hak pengguna.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) m. Kulasegaran, pihak bank juga bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian penipuan yang berlaku secara atas talian sekiranya ia berlaku atas kelemahan bank sendiri.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) m. Kulasegaran, pihak bank juga bertanggungjawab untuk menanggung sepenuhnya kerugian penipuan yang berlaku secara atas talian sekiranya ia berlaku atas kelemahan bank sendiri.
[TERKINI] Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Pesta demokrasi Indonesia kembali
Perunding Politik, Trias Politika Strategis, Agung Baskoro berkonghsi pandangan dan analisis mengenai Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) Indonesia.
“Lantik duta Rakan Muda disetiap kawasan Parlimen” - Syahredzan
Ahli Parlimen Bangi mencadangkang melantik duta Rakan Muda bagi mengadakan program dalam kawasan parlimen tersebut. “Yang terbaik untuk anak muda adalah anak muda sendiri”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Claude AI kini boleh tiru gaya penulisan pengguna
Claude sedia menawarkan 4 gaya berbeza iaitu Normal, Concise, Explanatory dan Formal.
Akibat 20 jam bermain telefon bimbit, wanita dikejarkan ke hospital
Gumpalan darah terhasil pada otak seorang wanita di China selepas menghabiskan 20 jam terus-menerus bermain telefon dalam sebuah perjalanan keretapi.