Kerajaan Arab Saudi kini membenarkan wanita untuk memandu kereta bersendirian ke Bahrain tanpa perlu ditemani lelaki.
Perkara itu disuarakan oleh Duta Besar Saudi di Bahrain, Abdulmalik Al Sheikh dalam satu temu ramah dengan akhbar tempatan, lapor portal berita sputniknews.com
“Para wanita dari Saudi dan Bahrain kini mempunyai hak untuk memandu kereta seorang diri merentasi jalan King Fahd tanpa perlu ditemani oleh lelaki bermula pada 24 Jun ini," katanya.
Pada September lalu, Raja Saudi Salman bin Abdulaziz Al Saud telah menandatangani satu perintah undang-undang yang membolehkan wanita di Arab Saudi memandu kenderaan buat julung kalinya dalam sejarah negara itu.
Sebelum ini, Arab Saudi telah berulang kali berdepan dengan kritikan masyarakat antarabangsa seperti melanggar hak asasi manusia dan diskriminasi terhadap wanita.
Namun, situasi itu dilihat berubah sejak tahun 2013 sebaik sahaja mendiang Raja Saudi Raja Abdullah melantik 30 wanita sebagai ahli Dewan Syura iaitu ahli majlis penasihat tertinggi kerajaan itu.
Pada Januari, buat pertama kali kerajaan Arab Saudi membenarkan wanita di dalam negara itu menonton pertandingan bola sepak di stadium.
Pada tahun 2015, wanita di negara itu dibenarkan untuk memilih dan mencalonkan dirinya dalam pilihanraya bandar.
Agensi
Wed Jun 20 2018
Pada September lalu, Raja Saudi Salman bin Abdulaziz Al Saud telah menandatangani satu perintah undang-undang yang membolehkan para wanita di Saudi Arabia untuk memandu kenderaan buat pertama kali. - Foto REUTERS/Asmaa Waguih
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata Mohd Basyir Che Ali, 36, yang menaiki kereta Proton Saga itu bersama isterinya Murni Md Nor, 37, dipercayai berlanggar dengan sebuah toyota hilux sebelum terbabas dan terbakar.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Bukit Kledang
Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang, Pasir Puteh pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan tentang keadaan mangsa yang dikatakan mengalami sesak nafas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan tentang keadaan mangsa yang dikatakan mengalami sesak nafas.
Bahaya mengundang, elak jadikan "content" media sosial
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus beri amaran supaya orang ramai tidak menjadikan fenomena air pasang besar dan hakisan di pantai sebagai "content" di media sosial bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Tiada masalah keperluan bekalan di PPS
Bekalan keperluan mangsa di PPS Kota Tinggi bukan sahaja mencukupi, malah, proses pengagihannya berjalan lancar.
Peguam Los Angeles kemuka tuduhan terhadap sembilan suspek
Peguam Daerah Los Angeles County, Nathan Hochman mengemukakan tuduhan terhadap 9 suspek atas kesalahan pecah rumah serta seorang lagi atas tuduhan melakukan pembakaran dengan sengaja, ketika kebakaran hutan yang memusnahkan sebahagian besar kawasan di Los Angeles.
Kebakaran Los Angeles: Peguam kemuka tuduhan terhadap sembilan suspek
Peguam Daerah Los Angeles County, Nathan Hochman mengemukakan tuduhan terhadap sembilan suspek atas kesalahan pecah rumah serta seorang lagi atas tuduhan melakukan aktiviti pembakaran.
Kebakaran hutan: Angin lebih kencang dijangka melanda California
Pihak berkuasa memberi amaran angin lebih kencang akan berlaku di kawasan selatan California dan ia dijangka memburukkan lagi keadaan kebakaran.
Mogok seluruh negara ganggu kehidupan seharian di Belgium
Perkhidmatan pengangkutan awam, penerbangan, sekolah, dan perkhidmatan penting di seluruh Belgium terganggu pada Isnin berikutan mogok di seluruh negara bagi membantah cadangan reformasi pencen oleh gabungan yang membentuk kerajaan baharu persekutuan.
Jadual padat menanti Anwar, adakan pertemuan dengan PM UK
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar berkata, semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan dan menyentuh beberapa perkara termasuk kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan; pengajian tinggi; agrikomoditi; serta tenaga boleh baharu dan alam sekitar.
Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI
Sekatan ini dilihat tidak selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS.
Akhirnya, wanita Arab Saudi dapat memandu sendiri ke Bahrain
Kerajaan Arab Saudi kini membenarkan wanita untuk memandu kereta bersendirian sehingga ke Bahrain tanpa perlu ditemani lelaki.