NEW DELHI: Pengawal selia penerbangan India mengenakan denda 4.4 juta rupee India (AS$53,320) ke atas syarikat penerbangan AirAsia India kerana juruterbang syarikat itu tidak menjalani latihan seperti yang ditetapkan, menurut sumber rasmi pada Sabtu.
Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) mendenda syarikat penerbangan swasta itu kerana melanggar syarat penerbangan awam (CAR) berhubung latihan mandatori juruterbang tidak dilakukan mengikut jadual semasa Pemeriksaan Kecekapan Juruterbang, lapor Xinhua.
Syarikat itu dikenakan penalti dua juta rupee India (AS$24,236) manakala denda 300,000 rupee India (AS$3,635) dikenakan ke atas setiap lapan pemeriksa kerana gagal melaksanakan tugas mereka mengikut CAR DGCA.
Selain itu, pengawal selia penerbangan juga menggantung tugas ketua bahagian latihan syarikat penerbangan swasta itu selama tiga bulan.
DGCA menjalankan pemeriksaan pada 23 hingga 25 Nov tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
AirAsia India didenda kerana juruterbang syarikat itu tidak menjalani latihan seperti yang ditetapkan, menurut sumber rasmi pada Sabtu. - Gambar fail/REUTERS
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
AirAsia India didenda juruterbang tidak jalani latihan ikut ketetapan
AirAsia India didenda kerana juruterbang syarikat itu tidak menjalani latihan seperti yang ditetapkan, menurut sumber rasmi pada Sabtu.
Kenyataan menteri penerbangan berhubung Airasia India burukkan lagi keadaan
Kenyataan menteri penerbangan India baru-baru ini bahawa AirAsia India akan menutup operasinya telah mengetengahkan masalah yang dihadapi syarikat penerbangan tambang rendah berusia enam tahun itu.
AirAsia India lancar penerbangan antarabangsa pada separuh kedua 2018
AirAsia India menyasarkan untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa pada separuh kedua 2018 apabila ia dilengkapi sekurang-kurangnya 20 pesawat.
Pihak pentingkan diri sendiri cuba jejaskan operasi AirAsia di India
Tata Sons menuduh ada pihak yang menyebarkan cerita tidak berasas bagi menjejaskan operasi syarikat penerbangan AirAsia India.
AirAsia India tawar tiket 27 sen
Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi dari Bangalore ke Chennai dan Goa pada 12 Jun ini.