KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sim Lim memberikan penghormatan kepada bahasa Melayu apabila memilih untuk berucap dalam bahasa itu ketika membuat ucapan sulungnya di sidang Parlimen negara itu semalam.
Sebelum berucap, Sam yang berusia 61 tahun meminta keizinan daripada dewan bagi memberi peluang kepadanya berucap dalam bahasa Melayu dan Mandarin - dua bahasa yang dikuasainya semasa di tanah air.
Rakaman video Sam berucap dikongsi Pembantu Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Tim Watts di laman Twitter beliau.
Dalam ucapannya itu, Sam mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Australia dan Malaysia yang menyokongnya sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
"Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelusuk dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.
"Terima kasih atas semua dokongan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia. Terima kasih semua," kata Sam.
Beliau yang mewakili Parti Buruh dilantik sebagai Ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Perth di Tangney pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini.
Selain Sam, seorang lagi wakil rakyat kelahiran Malaysia, Penny Wong dipertaruhkan oleh Parti Buruh dalam pilihan raya umum Australia pada Mei lalu,
Berdasarkan hantaran yang dibuat Watts di Twitter, beliau turut berkongsi sejarah latar belakang Sam.
Sam yang dilahirkan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor pada 1961 berasal dari sebuah keluarga susah dan beliau melalui kehidupan yang sempit semasa zaman kanak-kanaknya.
Ibu dan ayah Sam merupakan penoreh getah dan pendapatan yang diraih mereka sangat kecil.
Pada 1980, Sam menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu kerjaya yang sangat diminatinya sejak kecil, namun, kerjaya itu hanya bertahan selama dua tahun sahaja.
Selepas mengakhiri kerjaya sebagai anggota polis di Malaysia, Sam pernah bekerja sebagai pelatih ikan lumba-lumba yang disifatkan beliau kerjaya paling istimewa pernah dilakukannya dalam hidup.
Penghijrahannya ke Australia juga memberi peluang kepadanya berkhidmat sebagai pegawai polis di Australia Barat sebelum melibatkan diri dalam kerjaya politik.
Astro Awani
Wed Sep 07 2022
Dalam ucapannya, Sam Lim merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Australia dan Malaysia yang menyokongnya sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
PM ucap tahniah kepada Sam Lim, bangga bahasa Melayu bergema di Parlimen Australia
Ismail Sabri bangga Lim bertutur dalam Bahasa Melayu dalam ucapan sulungnya pada sidang Dewan Perwakilan Australia.
Ahli Parlimen Australia kelahiran Muar, Johor berucap dalam bahasa Melayu
Bekas anggota PDRM dan pelatih ikan lumba-lumba itu berterima kasih kasih kepada rakyat Malaysia dan Australia yang menyokongnya.