DUSSELDORF: Sekumpulan ahli fizik dari Universiti Munster mencipta kod QR terkecil di dunia, sekali gus melayakkan mereka disenaraikan dalam Buku Rekod Guinness, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Kod QR berukuran 5.38 mikrometer persegi, yang menurut universiti itu, adalah kira-kira 20 kali lebih kecil daripada rekod dunia sebelumnya yang dipegang oleh kumpulan penyelidik dari Singapura dan sekitar tujuh kali lebih kecil daripada sel darah merah manusia.

Kod QR itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun menurut jurucakap universiti, ia boleh diperbesar berkali-kali pada skrin komputer menggunakan mikroskop.

Kod itu, yang menghubungkan ke laman sesawang fizik kuantum universiti, diiktiraf sebagai rekod oleh Guinness World Records selepas pengukuran bebas oleh sebuah syarikat teknologi.

Universiti berkenaan ingin menggunakan rekod ini untuk mempromosikan pengajian fizik.

-- BERNAMA