Sekurang-kurangnya 90 dilaporkan maut selepas tentera Syria melancarkan serangan udara di bandar Halfaya di wilayah Hama.

Ia dikatakan mengenai orang ramai yang sedang beratur untuk mendapatkan bekalan roti.

Angka korban dijangka meningkat.

Menurut saksi, serangan dilancarkan ketika lebih seribu orang sedang beratur di luar kedai roti.

Kekurangan bahan api dan tepung di seluruh Syria menyebabkan penduduknya terpaksa beratur berjam-jam untuk mendapatkan bekalan roti.

Awal tahun ini, Human Right Watch mengutuk keras serangan tentera udara Syria yang dikatakan tidak membuat keputusan yang tepat dalam mensasarkan kumpulan penentang dan menjadikan tempat tumpuan awam termasuk kedai roti sebagai sasaran.