HOMS, SYRIA: Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dan ratusan mangsa lain cedera dalam serangan dron semasa berlangsung upacara konvokesyen kolej tentera di bandar Homs, Barat Syria, pada Rabu lalu.
Kaum wanita dan kanak-kanak antara mangsa serangan dron yang diisi bahan letupan itu, menurut Menteri Kesihatan Syria.
"Dalam jumlah awal, tindakan pengganas yang menyerang upacara konvokesyen pelajar di Kolej Tentera di Homs telah mengakibatkan kematian 80 syuhada, termasuk enam kanak-kanak dan bilangan yang cedera adalah 240," kata Hassan Al-Ghobash.
Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Bagaimanapun, kenyataan awal, Kementerian Pertahanan menyalahkan "kumpulan pengganas yang disokong oleh pihak antarabangsa terkenal."
"Terdapat puluhan tentera yang cedera, dengan kecederaan yang serius dalam kalangan keluarga yang dijemput, termasuk wanita dan kanak-kanak, selain daripada beberapa pelajar kolej yang menghadiri konvokesyen," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Angkatan tentera Syria mendakwa serangan itu "luar biasa" dan berjanji untuk bertindak balas "dengan sepenuhnya dan dengan keazaman, dengan memberi peringatan mereka yang merancang dan melaksanakan serangan "akan terpaksa membayar harga yang mahal."
Bandar Homs yang dahulu dikenali sebagai ibu negara revolusi Syria merupakan lokasi pertempuran sengit antara tentera rejim dan pejuang pembangkang yang cuba menjatuhkan Presiden Bashar Al-Assad pada tahun 2012.
Bandar itu jatuh kepada rejim pada tahun 2014, apabila pemberontak meninggalkannya selepas dikepung selama dua tahun. - Agensi
Agensi
Thu Oct 05 2023
Seorang anggota pasukan keselamatan Syria berlari di kawasan kejadian dron menyerang bandar Homs pada Rabu lalu. Serangan itu menyebabkan Sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dan ratusan mangsa lain cedera. - Gambar AP
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
Israel serang sasaran Hezbollah di Damsyik
Kementerian Pertahanan Syria melaporkan bahawa Israel telah menyerang tapak awam di selatan ibu kota, menyebabkan beberapa kerosakan.
Israel lancarkan serangan peluru berpandu ke atas kilang kereta Iran di Homs, Syria - Pemantau
Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Kini, giliran Syria menjadi tuan rumah kepada penduduk yang terdesak mencari perlindungan dari peperangan.
8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Malaysia sahkan komitmen bantuan kemanusiaan di Syria
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menyatakan komitmen berterusan Malaysia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan di Syria.
Rusia tuduh Presiden AS serang Iraq, Syria demi lonjak imej kempen pilihan raya
Rusia menuduh Presiden Joe Biden melakukan serangan di Iraq dan Syria untuk melonjakkan imejnya semasa kempen pilihan raya presiden sedang memuncak.
Enam pejuang SDF maut dalam serangan dron pangkalan AS di Syria
Enam pejuang Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai puak Kurdi terbunuh dalam serangan dron ke atas sebuah pangkalan Amerika Syarikat (AS) di timur Syria.
Projek Sinar Baitul Ridha di Syria boleh didiami awal Mei
Nik Justin berkata, terkini proses pemilihan dan kenal pasti keluarga yang layak sedang dilakukan.