Sekurang-kurangnya 80 kediaman musnah akibat kebakaran belukar di Tasmania, Australia.

Polis mengesahkan seorang anggota bomba hilang dan dipercayai maut ketika usaha memadam kebakaran di pulau berkenaan.

Sejak merebak pada Jumaat, seorang dilaporkan maut.

Kebakaran yang dikaitkan dengan gelombang cuaca panas yang mencecah 40 darjah selsius memaksa beribu penduduk dipindahkan.

Di bahagian timur Hobart, lebih 2,000 mangsa ditempatkan di Bandar Nubeena sementara 700 lagi ditempatkan di Bandar Pelabuhan Saint Arthur.

Kawasan penempatan Dunalley yang terletak 55 kilometer dari ibu negeri, antara yang paling teruk terjejas.

Pihak berkuasa menganggarkan 30 peratus daripada bangunan di kawasan berkenaan rentung.