MANILA: Sebutir bom buatan sendiri memusnahkan sebuah bas di selatan Filipina dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang, lapor Xinhua.

Mejar Tentera Andrew Linao dari Komando Mindanao Barat berkata, bom itu meletup sekitar 12:20 tengah hari waktu tempatan di bandar Isulan di wilayah Sultan Kudarat pada Isnin.

Mangsa berusia 13 hingga 60 tahun, mengalami pelbagai kecederaan dan dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan, kata Linao.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini.

--BERNAMA-XINHUA



TAG:Filipina, letupan bom, bom buatan sendiri, mejar tentera andrew linao