BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 8,900 wanita Palestin telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel-Hamas meletus di wilayah terkepung itu pada 7 Okt lepas, menurut pejabat media Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Wanita Sedunia, pejabat itu menekankan "penghinaan" berterusan terhadap wanita oleh tentera rejim.
"Hari yang disambut di seluruh dunia itu bertepatan dengan pembunuhan kejam tentera penceroboh terhadap wanita Palestin dalam perang genosid Israel dengan dunia menyaksikannya tanpa mengambil tindakan," menurut kenyataan itu.
Pejabat media berkata sejak meletusnya konflik di wilayah yang terkepung, lebih 23,000 wanita telah cedera, 2,100 lagi hilang dan lebih setengah juta kehilangan tempat tinggal.
Kira-kira 60,000 wanita hamil terdedah kepada risiko tanpa rawatan perubatan mencukupi, dengan ratusan lagi kehilangan anak akibat pengeboman Israel.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza setakat ini membunuh hampir 30,700 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Menurut kumpulan Palestin, pasukan keselamatan rejim turut menahan ribuan penduduk Palestin dalam tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza setakat ini membunuh hampir 30,700 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. - Gambar fail/AP
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
8,900 wanita Palestin terbunuh akibat kekejaman Israel di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 8,900 wanita Palestin telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak konflik antara Israel-Hamas meletus di wilayah terkepung itu pada 7 Okt lepas.