EPISOD 'Hoaks' atau 'fake news' yang menghantui Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kini melanda Pemilihan Umum atau Pemilu 2019 di Indonesia.
Terkini, muat naik Twitter dari Wakil Sekretaris Jenderal Demokrat Andi Arief, mendakwa terdapat tujuh kontainer berisi surat suara (kertas undi) dari China yang telah dicoblos (ditandai) di Pelabuhan Tanjung Periok.
Dalam akaun Twitter peribadinya, Andi Arief mendakwa, surat suara tersebut dicobloskan untuk memihak kepada pasangan calon Presiden dan Naib Presiden, Joko Widodo dan Ma’ruf Amin. Bagaimanapun, entri Andi Arief dalam akaun Twitter itu telah dipadamkan.
Tambah Andi Arief, dia tidak kisah seandainya diambil tindakan oleh Aparat Penegak Hukum hanya kerana ingin menyelamatkan Pemilu 2019.
Menurut Andi Arief, beliau dimaklumkan, Komisi Pemilihan Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pemilihan Umum, Bawaslu sudah memeriksa lokasi yang didakwa berlaku insiden itu.
Siasatan KPU bagaimanapun, mendapati laporan itu adalah 'hoaks'.
Menurut laporan Merdeka, Ketua KPU RI Arief Budiman menjelaskan, tiada "tujuh kontainer berisi masing-masing 10 juta surat suara yang sudah tercoblos untuk nomor 01."
Tambahnya, "Semua berita itu bohong."
Sementara itu, Direktur Eksekutif Perkumpulan untuk Pemilu dan Demokrasi (Perludem) Titi Anggraini mengkritik muat naik Twitter itu dan menyatakan ia "bukan lagi menyasar peserta pemilu, sebaliknya, mengganggu penyelenggara."
Pada Ogos 2018, Komisi Pemilihan Umum memberitahu jumlah Daftar Pemilih Tetap (DPT) untuk Pemilu 2019 ialah sebanyak 185 juta pemilih.
BACA: Garis Masa 2018: Pemilihan Presiden Indonesia 2019
Indonesia adalah negara demokrasi ketiga terbesar dunia dan Pemilu 2019 merupakan hari undian terbesar secara serentak di dunia.
Rizal Zulkapli
Thu Jan 03 2019
Ketua KPU RI tegaskan informasi ditemukannya 7 kontainer berisi surat suara tercoblos adalah 'Hoax'-KPU RI
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
7 kontainer kertas undi dicoblos, KPU Indonesia sahkan 'hoaks!'
Selepas 'hoaks' atau 'fake news' mengganggu Pilihan Raya AS 2016, kini insiden sama mengancam proses demokrasi di Indonesia.