Sekurang-kurangnya 61 orang maut dalam insiden rempuhan ketika sambutan tahun baru di Abidjan, Ivory Coast.

Kejadian 4 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca daripada orang ramai yang panik ketika menyaksikan pertunjukan bunga api.

200 lagi orang awam dilaporkan cedera.

Presiden Alassane Ouattara dan isteri pada petang selasa turut meluangkan masa melawat mangsa yang cedera di hospital.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang maut dan mengumumkan perkabungan di seluruh negara.