MOSCOW/ANKARA: Angka kematian akibat kemalangan lombong arang batu di bandar Kemerovo, Rusia meningkat kepada 52 orang pada Khamis, menurut pihak berkuasa.
Mangsa yang maut termasuk anggota pasukan penyelamat, kata Kementerian Situasi Kecemasan.
Setakat ini, 239 orang telah dipindahkan dari lombong itu selepas habuk arang batu yang terbakar menyebabkan asap tebal pada kedalaman 250 meter (820 kaki), manakala 45 orang yang cedera dimasukkan ke hospital, lapor Agensi Anadolu.
Menurut pejabat gabenor Wilayah Kemerovo Oblast, ketika kejadian 285 pekerja berada di dalam lombong tersebut.
Wilayah Kemerovo Oblast adalah antara kawasan perindustrian paling penting di Rusia di barat daya Siberia, dengan beberapa deposit arang batu terbesar di dunia.
Asap tebal menghalang usaha pasukan kecemasan untuk menyelamatkan pelombong yang masih terperangkap.
Pejabat pendakwa raya Wilayah Kemerovo Oblast sudah memulakan siasatan ke atas kemalangan itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan berharap mereka yang masih terperangkap segera diselamatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Setakat ini, 239 orang telah dipindahkan dari lombong itu selepas habuk arang batu yang terbakar menyebabkan asap tebal pada kedalaman 250 meter (820 kaki). - Foto REUTERS
APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran
Kapal ditahan ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan operasi bersepadu Op Ehsan dan Op Tiris di perairan Selangor.
Polis Putrajaya keluarkan 36 saman Op Ambang Tahun Baharu 2025
ASP Khairulrahman berkata operasi bermula kira-kira 11 malam tadi sehingga 3 pagi ini di dua lokasi iaitu Persiaran Utara dan Jambatan Gemilang.
Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.
Lelaki dikhuatiri hilang ditemui maut terapung di kolam ikan
Mangsa yang dikenali sebagai Choong Weng Gui ditemukan terapung 40 kaki dari tebing pada jam 2.05 pagi tadi.
Amaran Arteta buat Liverpool, Arsenal sentiasa intai peluang pintas
Arsenal akan bersedia untuk mengambil sebarang kesempatan sekiranya seteru mereka itu tergelincir dalam perebutan kejuaraan EPL.
The Economy: Trump Inauguration: Ushering in a new chapter for the U.S.
BFM Anchor, Sharaad Kuttan delves into the global excitement surrounding Donald Trump’s inauguration, weaving together festive cheer and insightful analysis. Tune in as we explore the convergence of holiday celebrations and transformative political events.
AWANI Ringkas: Doa kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama & bangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 1 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Januari 2025
1️⃣ Doa kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama & bangsa
2️⃣ 134,718 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
3️⃣ Serangan Israel musnahkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Doa kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama & bangsa
2️⃣ 134,718 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
3️⃣ Serangan Israel musnahkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza
#awaniringkas
ASEAN Kita: Balancing Neutrality, Unity, and Stability
In the inaugural episode of ASEAN KITA, former Foreign Affairs Minister, Tan Sri Syed Hamid Albar explores ASEAN’s principles of neutrality, centrality, and harmony. How will these shape its future as Malaysia prepares for the 2025 ASEAN Chairmanship? Join us at 9:30am.
PUMA penaja baharu jersi Harimau Malaya
FAM memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.
52 maut dalam kemalangan lombong arang batu di Rusia
Angka kematian akibat kemalangan lombong arang batu di bandar Kemerovo, Rusia meningkat kepada 52 orang pada Khamis, menurut pihak berkuasa.