Menurut pegawai perubatan syarikat berkenaan, Russell Brown, jumlah berkenaan merangkumi lapan juruterbang serta 19 krew pesawat.
“Kebanyakan (yang positif COVID-19) datang dari luar negara, kami mengambil langkah berjaga-jaga
“Mereka memakai topeng muka ketika bertugas dan amat berhati-hati dalam menjalankan tugas, namun masih ada juga kes (positif COVID-19).
“Apabila kita berurusan dengan komuniti yang terdedah pada penularan, risikonya meningkat dan kita harus mula memikirkan apa yang sedang berlaku,” kata Brown seperti dilaporkan portal berita ABC pada Sabtu.
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan 12 pekerja bahagian bagasi Qantas yang sebelum ini disahkan positif pandemik berkenaan sementara tujuh lagi ahli keluarga berkenaan turut dijangkiti wabak sama hasil kontak yang rapat.