LEBIH 5.2 juta rakyat Haiti terdesak memerlukan bantuan masyarakat global dalam menangani krisis menjalani kehidupan.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), situasi semasa di Haiti adalah lebih buruk berbanding sebelum ini.

Menurut UNICEF, kira-kira 4.9 juta individu sedang bergelut untuk memperoleh makanan.

Lebih daripada 115,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun dijangka mengalami kekurangan zat yang membahayakan nyawa mereka pada tahun ini.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.

Ujar UNICEF lagi, sistem penjagaan kesihatan Haiti juga hampir lumpuh.

Penduduk juga terpaksa menghadapi ancaman serangan pemberontak di Haiti yang menyerang sekolah-sekolah.

Secara keseluruhannya, PBB mengakui bahawa 5.2 juta orang memerlukan sokongan kemanusiaan yang mendesak, termasuk hampir 3 juta kanak-kanak.

PBB juga menekankan keperluan mendesak untuk memberikan tindak balas kemanusiaan yang lebih kukuh kepada mereka yang memerlukan, pemulihan perkhidmatan asas dan penyelesaian pembangunan jangka panjang.