BALTIMORE: Satu insiden tembakan dilapor berlaku di sebuah universiti di Amerika Syarikat pada Selasa malam.

Dalam kejadian di Morgan State University di Baltimore itu, beberapa orang dipercayai telah ditembak, memetik laporan The Guardian.

Difahamkan polis Baltimore telah berada di lokasi dan suspek dipercayai telah ditahan.


"Kami meminta semua orang berlindung di dalam bangunan dan mengelak berada kawasan itu," kata polis di akaun X.

Bagaimanapun tiada maklumat tentang suspek dan motif kejadian.

Jurucakap polis Vernon Davis memberitahu Baltimore Banner bahawa sekurang-kurangnya empat orang ditembak.

Keadaan mangsa tidak diketahui setakat ini.

Universiti itu dipercayai menempatkan lebih 9,000 pelajar pada akhir 2022.