BERLIN: Lapangan terbang Berlin, Hamburg, Hanover dan Bremen akan membatalkan penerbangan berlepas pada Isnin susulan mogok, lapor media Jerman.
Kesatuan sekerja sektor perkhidmatan Jerman Verdi telah menyeru kakitangan keselamatan untuk mengadakan mogok, lapor Sputnik memetik akhbar Jerman Welt.
Syarikat yang menguruskan lapangan terbang itu menjelaskan bahawa hampir 200 penerbangan di Berlin akan dibatalkan sekali gus menjejaskan kira-kira 27,000 penumpang.
Kesatuan itu menggesa mogok diadakan bagi menuntut upah lebih tinggi untuk kerja pada hujung minggu dan malam serta bayaran lebih masa yang lebih baik.
Bulan lalu, Verdi mengumumkan mogok 24 jam untuk menuntut kenaikan gaji yang telah menjejaskan lapangan terbang di beberapa bandar Jerman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Lapangan terbang Berlin, Hamburg, Hanover dan Bremen akan membatalkan penerbangan berlepas pada Isnin susulan mogok. -Gambar fail/Sinar Harian
PDRM tawar pengurangan saman di semua balai polis bulan depan
PDRM akan memperluaskan diskaun saman di balai-balai seluruh negara bermula Disember 2024.
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
4 lapangan terbang Jerman batal penerbangan berlepas susulan mogok
Lapangan terbang Berlin, Hamburg, Hanover dan Bremen akan membatalkan penerbangan berlepas pada Isnin susulan mogok, lapor media Jerman.