Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak menjadi mangsa terbaru serangan rejim Israel di bumi Gaza.
Lebih malang apabila nyawa mereka diragut semasa sedang asyik bermain bola sepak di pantai Gaza pada Rabu.
Kesemua mangsa berusia di bawah 12 tahun.
Beberapa jam selepas serangan tentera Israel berkata kematian itu adalah tragik dan pihak rejim akan menyiasat kematian itu.
“Berdasarkan keputusan siasatan awal, sasaran serangan ini adalah terhadap pihak Hamas,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Pengurus Aqsa Sharif di Gaza, Ahmad Thabet berkata semasa letupan pertama kesemua kanak-kanak terbabit lari untuk menyelamatkan diri. Bagaimanapun letupan kedua mengakibatkan kesemua mereka terkorban.
Badan kanak-kanak itu dilaporkan rentung terkena bedilan roket Israel. Mereka yang turut cedera dalam serangan sempat berlindung dan menyelamatkan diri di sebuah hotel berhampiran.
Ahmad Thabet berkata beliau sudah menyaksikan tiga perang Israel ke atas Gaza tetapi kali ini paling menyayat hati.
Dengan kematian kanak-kanak Palestin itu, angka korban serangan udara ke atas Gaza yang masuk hari kesepuluh meningkat kepada 223 orang.
Agensi
Wed Jul 16 2014
Nyawa mereka diragut semasa sedang asyik bermain bola sepak di pantai Gaza
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Pemimpin Briged al-Qassam, Mohammed Deif masih sihat, boleh berjalan
Pemimpin Briged al-Qassam, Mohammed Deif berada dalam keadaan sihat sejahtera malah boleh berjalan dengan sendiri.
Israel serang kedudukan Hamas di Gaza
Pesawat perang Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.