Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala 147 yang lain cedera dalam serangan pengebom bunuh diri di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turki.

Menurut pegawai Turki, tiga pengebom yang memakai vest letupan bertindak meletupkan bom yang dibawa mereka di pintu lapangan terbang tersebut.

Penyerang dipercayai mula menembak pengawal sebelum meletupkan bom.

Sebahagian besar mangsa merupakan rakyat Turki, namun terdapat juga mangsa dari kerakyatan lain, kata jurucakap kerajaan.

Serangan itu meningkatkan ketegangan di Turki yang sedang berdepan ancaman pemberontak Kurdish dan militan Daish.