Angkatan tentera Algeria telah membunuh 34 tebusan dan 15 penculik militan di padang gas pada hari Khamis, menurut agensi berita ANI.

“Seramai 34 orang tebusan dan 15 orang penculik telah terbunuh di dalam suatu serbuan (udara) oleh tentera Algeria,” kata jurucakap penculik-penculik tersebut.

Antara yang terbunuh adalah Abu al-Baraa yang mengetuai operasi pada hari Rabu di mana 41 orang asing dan sebilangan rakyat Algeria dijadikan tebusan.