BANDAR RAYA MEXICO: Mexico mencatatkan 283 kes pembunuhan dalam tempoh tiga hari lepas, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Menurut laporan harian Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat melaporkan 93 pembunuhan pada Jumaat, 107 (Sabtu) dan 83 (Ahad).
Guanajuato, Jalisco dan Michoacan ialah negeri yang mencatatkan jumlah kes pembunuhan paling banyak.
Sementara negeri Jalisco melaporkan paling banyak pembunuhan pada Jumaat iaitu 14 kes, Guanajuato pula mencatatkan lebih 20 kes pada Sabtu.
Pada malam Sabtu, pihak berkuasa di Guanajuato menerima laporan mengenai kejadian tembakan di perbandaran Irapuato, enam lelaki dan enam wanita maut di sebuah bar.
Kejadian itu yang kedua berlaku di Guanajuato dalam tempoh sebulan. Pada 21 Sept, lelaki bersenjata tidak dikenali menyerbu sebuah bar di perbandaran Tarimoro di Guanajuato meragut 10 nyawa.
Peningkatan terbaru dalam keganasan terancang yang direkodkan di negara itu, antara lain didakwa berpunca daripada kelemahan Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador yang enggan mengubah strategi keselamatan.
Sebaliknya, Lopez Obrador menyatakan strategi keselamatan awamnya telah membuahkan hasil positif.
Bagaimanapun, sejak beliau menjadi presiden pada Disember 2018 lebih 34,000 pembunuhan dilaporkan dalam tempoh setahun.
Pada awal bulan ini Kongres Mexico meluluskan rang undang-undang untuk tentera Mexico melakukan rondaan di jalan-jalan, satu langkah yang menimbulkan kebimbangan kerana kadar kes pembunuhan masih tidak berkurangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Peningkatan terbaru dalam keganasan terancang yang direkodkan di negara itu, antara lain didakwa berpunca daripada kelemahan Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador. - Fail/Reuters
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
283 maut dalam tempoh 3 hari, kes pembunuhan di Mexico terus meningkat
Mexico mencatatkan 283 kes pembunuhan dalam tempoh tiga hari lepas, menurut pihak berkuasa pada Isnin.