Lebih 20 jentera bomba berusaha memadamkan kebakaran yang tercetus. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan puluhan lagi cedera akibat kebakaran besar yang meletus di sebuah bangunan komersial empat tingkat di New Delhi, India, pada Jumaat.
Ketika kejadian, puluhan orang berjaya melarikan diri dan pihak berkuasa menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Bangunan berkenaan kebanyakannya mempunyai kedai-kedai dan terletak di Mundka di barat New Delhi.
Lebih 20 jentera bomba berusaha memadamkan kebakaran yang tercetus.
Presiden India, Ram Nath Kovind menzahirkan ucapan takizah kepada keluarga mangsa terlibat dalam tragedi itu.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Kebakaran | 27 maut, puluhan lagi cedera China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.