ISLAMABAD: Seramai 20 terbunuh dan 13 lagi cedera apabila sebuah van penumpang terhumban ke dalam parit di kawasan Sehwan di wilayah Sindh di selatan Pakistan, menurut laporan tempatan pada Jumaat.
Pihak berkuasa membina beberapa parit dua bulan lalu untuk mengalirkan air banjir, lapor Xinhua.
Van itu dilaporkan terhumban ke dalam satu daripada parit berkenaan.
Lebuh raya itu masih ditutup akibat banjir dan baru-baru ini dibuka kepada lalu lintas selepas air banjir mula surut.
Polis berkata bahagian lebuh raya di lokasi kemalangan itu berlaku merupakan jalan terhad dan terdapat lencongan yang mungkin tidak disedari pemandu kerana memandu terlalu laju.
Mereka yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak dan dihantar ke hospital berhampiran, sebahagiannya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Mangsa yang maut dan cedera adalah saudara-mara yang dalam perjalanan ke sebuah kuil di Sehwan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022

Seramai 20 terbunuh dan 13 lagi cedera apabila sebuah van penumpang terhumban ke dalam parit di kawasan Sehwan di wilayah Sindh di selatan Pakistan. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

20 terbunuh selepas van terhumban ke dalam parit di Sindh Pakistan
Seramai 20 terbunuh dan 13 lagi cedera apabila sebuah van penumpang terhumban ke dalam parit di kawasan Sehwan di wilayah Sindh di selatan Pakistan.