Usaha menyelamat ini diteruskan untuk mencari mangsa hujan lebat yang telah meragut 100 nyawa penduduk manakala 128 lagi hilang.
Di ibu kota Porto Alegre, sukarelawan menggunakan bot untuk sampai ke bangunan dengan akses yang sukar, di mana anjing-anjing itu terkandas akibat paras air tinggi.
Dalam pada itu, ribut menyebabkan banjir sekali gus memusnahkan jambatan dan bangunan, menjadikan jalan menjadi sungai, dan menyebabkan lebih 163,000 orang kehilangan tempat tinggal di Rio Grande do Sul yang bersempadan dengan Uruguay dan Argentina.
Pusat Bencana Alam Kebangsaan Brazil berkata, kawasan selatan negeri itu berisiko tinggi berlaku banjir lebih besar dengan hujan dijangka berlaku semula.
Peramal cuaca MetSul berkata dalam satu kenyataan wilayah itu berkemungkinan berdepan banjir sangat besar dalam kadar yang serius.