Sekurang-kurangnya 19 maut dalam nahas belon panas di Al-Uqsur, Mesir.

Belon berkenaan dikatakan terbakar sebelum terhempas ke ladang tebu di pinggir bandar berkenaan.

Insiden kali ini dikatakan antara yang terburuk melibatkan pelancong di negara berkenaan.

Kesemua yang maut adalah pelancong warga Perancis, Britian, Jepun dan Hong Kong.

Menurut pegawai keselamatan, belon berkenaan membawa sekurang-kurangnya 21 pelancong ketika nahas dan tiga daripadanya terselamat.

Belon berkenaan sedang melintasi tapak bersejarah Al-Uqsur ketika kebakaran berlaku menyebabkan balang gas meletup dan menjunam jatuh 300 meter ke sebuah ladang tebu berhampiran perkampungan Al-Dhabaiyah.

Kesemua 19 mayat sudah ditemui.

Sumber keselamatan memberitahu, tiada unsur sabotaj tetapi sebaliknya ia satu kemalangan.