NEW DELHI: Marion Biotech iaitu syarikat farmaseutikal di India memaklumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran ubat batuk susulan kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan.
"Kami kesal dengan kematian itu. Kerajaan sedang menjalankan siasatan. Kami akan mengambil tindakan berdasarkan laporan itu.
"Sampel telah dikumpulkan dan penghasilan produk itu telah dihentikan setakat ini," media tempatan memetik wakil syarikat sebagai berkata.
Kementerian Kesihatan Uzbekistan sebelum ini memaklumkan sekurang-kurangnya 18 kanak-kanak maut selepas mengambil ubat batuk yang dikeluarkan Marion Biotech Pvt Ltd.
Menurut laporan, ubat itu mengandungi ethylene glycol dalam jumlah yang tidak sepatutnya.
Pihak berkuasa Uzbekistan menjelaskan kanak-kanak berkenaan diberi ubat batuk jenama Dok-1 Max.
"Kesemua kanak-kanak yang meninggal dunia dilaporkan mengambil ubat berkenaan di rumah selama dua hingga tujuh hari, dengan kekerapan tiga hingga empat kali sehari, dengan sukatan 2.5 hingga lima milliliter (ml), melebihi dos untuk kanak-kanak," menurut kenyataan kementerian bertarikh 27 Dis.
Ini merupakan insiden kedua melibatkan syarikat farmaseutikal India dalam tempoh kurang tiga bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Oktober mengeluarkan amaran global membabitkan empat ubat pediatrik yang dihasilkan Maiden Pharmaceuticals Ltd susulan kematian 70 kanak-kanak di Gambia.
Laman sesawang Marion Biotech tidak boleh diakses pada petang Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022

Kementerian Kesihatan Uzbekistan memaklumkan sekurang-kurangnya 18 kanak-kanak maut selepas mengambil ubat batuk yang dikeluarkan Marion Biotech Pvt Ltd. - Gambar hiasan/ Freepik
Pelancongan domestik 2024 catat prestasi terbaik, jumlah perbelanjaan RM107.2b
Sektor pelancongan domestik Malaysia mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku keempat 2024 dengan peningkatan pelawat dan perbelanjaan yang ketara. Ketahui lebih lanjut dalam video ini.
Menangkis ancaman siber generasi baharu - Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain
Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain dari UPM membincangkan kejayaan industri perbankan Malaysia dalam menangkis ancaman siber dan strategi masa depan untuk keselamatan siber yang lebih kukuh.
Transaksi penipuan bernilai RM399 juta berjaya dihalang pada 2024 - BNM
BNM menekankan bahawa usaha menangani penipuan dalam talian memerlukan pendekatan menyeluruh di peringkat negara, dengan usaha berterusan untuk memperkukuh pencegahan penipuan, meningkatkan penguatkuasaan dan memperluaskan kesedaran pengguna.
BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
BYD mencatatkan pendapatan sebanyak 777.1 bilion yuan (US$107.2 bilion) pada 2024, mengatasi Tesla dengan jumlah pendapatan yang lebih tinggi. Syarikat EV dari China ini juga terus mengembangkan pasaran Eropah dan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas yang lebih canggih berbanding pesaingnya.
![[KOLUMNIS] 218 Tahun PDRM: Benteng keselamatan, teras keharmonian [KOLUMNIS] 218 Tahun PDRM: Benteng keselamatan, teras keharmonian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/71742865670_Polis.jpg)
[KOLUMNIS] 218 Tahun PDRM: Benteng keselamatan, teras keharmonian
Walau kita mungkin berpeluang menyaksikan fungsi hanya segelintir jabatan di dalam PDRM, hakikatnya setiap jabatan tidak culas melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

TMM: 125 tahun Jambatan Victoria, kerja baik pulih diperlukan
Banyak lampu yang dipasang sebelum ini bagi keselamatan dan kemudahan penduduk sekitar jambatan itu, kini tidak lagi berfungsi.
AWANI Pagi: Amplifying ASEAN Concert Opportunities
Music knows no borders and ASEAN’s concert scene is booming! Join us on ASEAN KITA with Live Nation’s Paramanathan Rajagopal as we explore exciting opportunities bringing Southeast Asia together through live entertainment.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

World #QuranHour sasar 10,000 peserta
Marhaini berkata, setakat ini sekitar 3,000 peserta telah mendaftar, namun ramai yang menyatakan minat untuk hadir tanpa pendaftaran rasmi.

Risiko BNPL kekal terkawal - BNM
Jumlah pembelian menerusi BNPL menunjukkan peningkatan dari segi jumlah transaksi dan nilai, kepada 83.8 juta transaksi dan RM7.1 bilion.

E-pembayaran catat peningkatan, transaksi e-pembayaran runcit terpilih cecah RM698.1 bilion pada 2024
E-pembayaran mencatatkan peningkatan pada 2024, disokong oleh kerancakan aktiviti penggunaan, dengan jumlah nilai transaksi e-pembayaran runcit terpilih meningkat sebanyak 17 peratus, mencecah RM698.1

Isteri bunuh, potong mayat suami, sorok dalam tong bersimen
Seorang bapa mendesak hukuman mati dijatuhkan terhadap anak perempuannya selepas wanita itu mengaku membunuh suaminya dan menyembunyikan mayat mangsa di dalam tong yang dipenuhi simen.

Malaysia-India perkukuh hubungan dagang strategik
Malaysia dan India perkuat kerjasama dalam semikonduktor, tenaga dan pelaburan menerusi misi perdagangan strategik ke New Delhi dan Mumbai.

Malaysia hasrat jadi sebahagian daripada 'kisah semikonduktor' India - Liew
Liew berkata Malaysia berminat untuk menjadi sebahagian daripada "kisah semikonduktor" India dengan menawarkan kepakaran dalam bidang utama.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.

Umat Islam di Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, India sambut Ramadan mulai Ahad
Jawatankuasa Penglihatan Bulan Kebangsaan Bangladesh di Masjid Negara Baitul Mukarram, Dhaka mengumumkan bahawa anak bulan telah kelihatan.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).