BUCHAREST: Perlanggaran antara lokomotif dan kereta api penumpang di Stesen Basarab di Bucharest pada petang Jumaat menyebabkan seramai 15 orang cedera, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Menurut pihak berkuasa kecemasan, seramai lapan orang telah dimasukkan ke hospital.

Media tempatan melaporkan 10 jentera bomba, termasuk dua kenderaan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Agensi Penyiasatan Kereta Api Romania berkata ia akan menyiasat kejadian itu.

-- BERNAMA