Empat belas orang disahkan dijangkiti virus Zika yang berpunca dari nyamuk di Florida dalam tempoh empat hari.

Gabenor Florida, Rick Scott pada Isnin mengumumkan 10 lagi kes baharu dicatatkan akibat jangkitan virus Zika tempatan sebagai tambahan kepada empat kes lagi yang diumumkan jabatan kesihatan negeri itu, Jumaat lalu.

Menurutnya, apa yang membimbangkan ialah pertambahan kes ini menandakan kali pertama virus Zika merebak melalui nyamuk tempatan di Amerika Syarikat.

Katanya, setakat ini kira-kira 200 orang telah diuji positif dengan virus Zika di Miami.

Beliau berkata, berikutan peningkatan ketara kes Zika, khususnya di Miami, wilayah itu kini memerlukan bantuan kecemasan daripada kerajaan persekutuan.

Justeru, Scott mengingatkan wanita hamil supaya mengelak berkunjung ke kawasan terjejas kerana akibat daripada jangkitan virus Zika adalah amat berbahaya kepada golongan itu.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat sebelum ini mengesahkan kira-kira 2,300 orang disahkan dijangkiti virus Zika di negara itu sehingga kini.