BANGKOK: Seramai 13 orang maut dan 35 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kelab malam di wilayah Chonburi Thailand, tenggara ibu kota Bangkok pada awal pagi Jumaat.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 1 pagi di lokasi hiburan Mountain B di daerah Sattahip di wilayah Chonburi, kira-kira 150 kilometer ke selatan Bangkok, kata seorang pegawai dari Yayasan Penyelamat Sawang Rojanathammasathan yang namanya enggan dikenali kepada AFP.
Rakaman video yang disiarkan oleh perkhidmatan penyelamat menunjukkan ramai orang menjerit ketika melarikan diri dengan pakaian mereka terbakar semasa api sedang marak.
Anggota-anggota bomba berjaya mengawal kebakaran selepas kira-kira tiga jam kelab malam tersebut terbakar.
Kebimbangan telah lama dibangkitkan mengenai pendekatan lemah Thailand terhadap kesihatan dan keselamatan terutamanya di bar serta kelab malam yang begitu ramai pengunjung.
Sebelum ini kebakaran besar-besaran telah berlaku pada pesta Malam Tahun Baharu di kelab malam Santika di Bangkok pada tahun 2009 yang menyebabkan 67 orang maut dan lebih 200 orang lagi cedera.
Pemilik kelab tersebut dipenjarakan selama tiga tahun berikutan kebakaran itu yang bermula apabila bunga api dilepaskan ketika kumpulan rock, Burn membuat persembahan.
Empat orang pula maut dalam kebakaran yang disebabkan oleh kerosakan elektrik di sebuah kelab malam di pulau percutian Phuket pada tahun 2012. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Sinar Harian
Fri Aug 05 2022
![13 maut, 35 cedera kelab malam terbakar di Thailand 13 maut, 35 cedera kelab malam terbakar di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659675440_Thainightclubfire.jpg)
Sebuah kelab malam terbakar di daerah Sattahip di wilayah Chonburi pada awal Jumaat. - Foto Twitter/@ThaiEnquirer
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![13 maut, 35 cedera kelab malam terbakar di Thailand 13 maut, 35 cedera kelab malam terbakar di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659675440_Thainightclubfire.jpg)
13 maut, 35 cedera kelab malam terbakar di Thailand
Kebakaran berlaku kira-kira jam 1 pagi di lokasi hiburan Mountain B di daerah Sattahip di wilayah Chonburi.