SEBUAH bot laju yang membawa sekurang-kurangnya 78 orang karam di barat Indonesia pada Khamis.
Sembilan orang dilaporkan masih hilang di laut pada Jumaat, sementara pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat.
Seramai 58 penumpang berjaya diselamatkan manakala 11 lagi terkorban dalam nahas tersebut, selepas berjam-jam mereka terapung dalam keadaan laut bergelora.
Menurut Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Pekanbaru, Nyoman Sidhakarya, pasukan penyelamat telah mengeluarkan 11 mayat, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Rakaman televisyen tempatan turut menunjukkan penumpang berdiri di atas sebuah bot yang terbalik cuba mencapai sebuah bot nelayan yang dipenuhi dengan individu yang selamat.
Bot Evelyn Calista 01 itu dipercayai membawa penumpang yang pulang dari kampung halaman untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga, dan enam anak kapal.
Ia tenggelam pada petang Khamis, kira-kira tiga jam selepas berlepas dari pelabuhan di Tembilahan, sebuah bandar di Kabupaten Indragiri Hilir di Wilayah Riau.
Semasa kejadian, bot itu dalam perjalanan ke bandar Tanjung Pinang di sebuah wilayah berjiran di Riau, kira-kira sejauh 200 kilometer.
Punca nahas masih dalam siasatan, namun bot berkenaan dipercayai terbalik sewaktu berlayar ketika angin kuat.
Usaha mencari dan menyelamat baki mereka yang masih hilang diteruskan pihak berkuasa Indonesia.
Astro Awani
Sat Apr 29 2023
Seorang anggota penyelamat meninjau keadaan di laut dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa bot laju yang karam di Kabupaten Indragiri Hilir, Indonesia, 28 April 2023. (Foto AP)
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
11 maut nahas bot tenggelam di barat Indonesia, sembilan masih hilang
Sembilan orang dilaporkan masih hilang pada Jumaat, sementara 58 penumpang berjaya diselamatkan dan 11 lagi terkorban.