Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, banjir dalam tempoh enam minggu lepas mengorbankan sekurang-kurangnya 41 orang, termasuk 12 kanak-kanak dan menyebabkan lebih 640,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Ia menambah, jalan raya, jambatan dan landasan udara rosak di banyak bahagian di seluruh negara, menghalang pergerakan orang ramai dan penghantaran bekalan serta meningkatkan harga komoditi asas.
Laporan kes disyaki cirit-birit berair akut dan taun semakin meningkat dan dijangka terus bertambah selepas ini.
OCHA berkata, rakan kongsi bantuan kemanusiaan, pihak berkuasa dan masyarakat tempatan telah meningkatkan bantuan kepada orang yang terjejas.
Menurut agensi badan dunia itu, lebih 740,000 orang telah menerima bantuan menyelamatkan nyawa sejak Oktober.
Pejabat itu berkata, walaupun keperluan meningkat, PBB menghadapi masalah aliran wang tunai untuk menghantar bantuan.
Dengan hanya tinggal enam minggu sebelum 2023 berakhir, hanya 40 peratus Pelan Tindak Balas Kemanusiaan PBB untuk Somalia bagi 2023 sudah dibiayai.
Hujan tahunan yang melanda Somalia dilaporkan sebagai yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad.