SIK: Siapa sangka, minat mendalam dalam bidang pertanian, khususnya perusahaan tanaman manggis dan durian yang pada awalnya bertujuan menambahkan pendapatan keluarga, kini memberikan pulangan yang lumayan kepada Mohd Amin Zakariya, 39.
Bukan itu sahaja, menurut beliau yang merupakan Pengurus Operasi ZNS Green Agro Farm, tanaman manggis dan durian telah berkembang daripada hanya enam ladang pada tahun 2016 kepada 11 ladang ketika ini di sekitar Sik dengan keluasan 85 hektar keseluruhannya.
Selain itu, produk manggis yang dihasilkan juga telah pun menjengah pasaran beberapa negara di Asia seperti Hong Kong dan Singapura.
Maka, tidak hairanlah, Mohd Amin meletakkan sasaran untuk mengeksport produk manggis dan durian yang diusahakan ke hampir 30 negara merangkumi China, Australia, dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).
"Bagi pasaran durian dan manggis, kita sudah dapat permintaan untuk (negara) Taiwan, China, Australia dan masuk juga Kesatuan Eropah juga seperti di Jerman, Ireland dan beberapa negara di Asia Barat.
"(Diakui) memang mereka berminat dengan buah kita sebab buah-buahan (yang) kita (hasilkan) di Malaysia berkualiti.
"Cuma (dalam kalangan kita sahaja) tidak ramai nampak peluang pemasaran untuk buah-buahan ini."
Justeru, beliau mengharapkan lebih ramai individu yang mula berkecimpung dalam perusahaan atau penanaman buah-buah terutama dalam kalangan belia dan penduduk di kawasan luar bandar.
Ini kerana, menurutnya, usaha itu bukan sahaja mampu memastikan keselamatan makanan dalam negara pada tahap terjamin malah mampu memberikan sumbangan kepada Malaysia melalui pulangan dari segi nilai eksport.
"Jadi peluang dan ruang itu masih banyak terutama orang muda sekarang ini atau belia untuk berkecimpung dalam pertanian.
"Ini satu peluang pekerjaan yang menjana pendapatan dan mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi tetapi perlu melalui saluran dan kaedah yang betul,
"(Setiap usaha juga) kena buat betul-betul, (perlu) beri komitmen sepenuhnya, sambil itu kita perlu ada ilmu dan kemahiran, perlu hadir kursus supaya ilmu sentiasa berterusan dan sentiasa dikemas kini," kata Mohd Amin.
Tambah Mohd Amin, perusahaannya tidak mampu berada pada tahap ketika ini tanpa bantuan pelbagai agensi kerajaan terutamanya Jabatan Pertanian dalam pemberian insentif seperti input pertanian, jentera mekanikal, naik taraf infra seperti jalan ladang, selain kemudahan dari segi pemasaran dan pensijilan myGAP.
Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Sik, Nurzawani Md Isa menyatakan usaha yang dilakukan ZNS Green Agro Farm bukan sahaja perlu dijadikan ikutan oleh penduduk sekitar malah pemain-pemain industri lain di seluruh negara.
"Kita (bagi pihak Jabatan Pertanian juga) nampak tanaman manggis dan durian (ini) boleh pergi jauh lagi, dalam (tempoh) 10 tahun (akan datang), insya-Allah kita akan membantu petani untuk mengeluarkan hasil tanaman yang berkualiti dan memenuhi piawaian bagi pasaran eksport.
"(Ia) disebabkan kita mengetahui bahawa durian dan manggis di sini ada nilai kualiti selain harga pasaran yang cukup lumayan, ditambah pula dengan tanaman jenis durian klon, memang (akan) beri pulangan lumayan," kata Nurzawani.
Astro Awani
Thu Jun 13 2024
Mohd Amin meletakkan sasaran untuk mengeksport produk manggis dan durian yang diusahakan ke hampir 30 negara merangkumi China, Australia, dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU). -Foto Astro AWAN
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
ZNS Green Agro Farm sasar eksport durian, manggis ke pasaran global
Minat dalam pertanian membawa kejayaan kepada Mohd Amin Zakariya, Pengurus Operasi ZNS Green Agro Farm, yang kini mengusahakan 11 ladang durian dan manggis seluas 85 hektar di Sik.