Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 71 tahun, pada Rabu menerima Anugerah Diraja Kewangan Islam 2018.
Beliau adalah penerima wanita pertama sejak anugerah itu diperkenalkan pada tahun 2010
Anugerah Diraja dwitahunan itu dianjurkan bersama oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti yang mengiktiraf serta memberi penghargaan kepada mereka yang berwawasan yang mana pencapaian serta inovasi mereka memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan kewangan Islam, ekonomi global juga kemajuan sosial masyarakat di seluruh dunia.
Pengerusi Juri, Tun Musa Hitam, berkata Zeti diberikan penghargaan anugerah berprestij itu kerana pencapaian dan kepemimpinan luar biasanya dalam mengembangkan sempadan kewangan Islam dalam arena kewangan Islam tempatan dan global.
"Diiktiraf dengan meluas kerana peranannya dalam pembangunan global kewangan Islam, sumbangan, dedikasi dan kepemimpinan Tan Sri Dr Zeti dalam kemajuan industri kewangan Islam memberikan inspirasi kepada generasi akan datang," katanya pada sidang media sebelum penganugerahan itu di sini, pada Rabu.
Zeti menerima anugerah itu daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada majlis makan malam sempena Forum Kewangan Islam Global 2018.
Mengulas mengenai anugerah diraja itu, Zeti berkata, "Adalah sesuatu yang istimewa dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan dalam pembangunan kewangan Islam. Anugerah ini bagaimanapun, mewakili pengiktirafan kepada mereka yang kembara bersama saya dalam perjalanan penuh bermakna ini.
"Dengan berasa rendah hati, saya menerima anugerah ini bagi pihak mereka."
Ujar Zeti lagi, industri kewangan Islam mengalami pertumbuhan dan pembangunan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam tiga dekad kebelakangan ini.
Ia juga dinamik dan berkembang untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang pantas berubah, katanya.
"Dalam kita meneruskan perjalanan ini, kita perlu meneroka bidang baru dalam membawakan nilai yang hebat kepada ekonomi, masyarakat dan alam sekitar," katanya.
Beliau menyatakan, pembabitannya dalam memulakan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam adalah saat yang paling diingati dalam mengembangkan industri kewangan Islam di negara ini.
Menurut Tun Musa, anugerah bagi 2018 menerima jumlah pencalonan tertinggi dengan 53 pencalonan untuk 30 nama daripada pencadang tempatan dan antarabangsa.
Penerima anugerah dipilih oleh juri bebas antarabangsa yang terdiri daripada pemimpin terkemuka, sarjana shariah serta pengamal dan ahli akademik kewangan Islam.
Sejak 2010, Anugerah Diraja berkenaan diberikan kepada empat individu terkemuka yang berjaya dalam meningkatkan kewangan Islam di peringkat global melalui pencapaian dan sumbangan besar mereka.
Mereka adalah, Ahli Perniagaan Arab Saudi, Shaikh Saleh Abdullah Kamel pada 2010, Tokoh Perbankan Islam India, Iqbal Khan (2012), Bekas Ahli Perbankan Malaysia, Dr Abdul Halim Ismail (2014) dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation, Profesor Datuk Rifaat Ahmed Abdel Karim (2016).
Zeti, yang disenaraikan sebagai ketua bank pusat terbaik dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance, bersara pada April 2016 selepas bersama BNM selama 35 tahun dan menerajuinya selama 16 tahun.
Antara lain, beliau turut menerima penghormatan daripada The Wharton School, University of Pennsylvania dengan plak "Ben on the Bench" pada 2016 yang juga insan pertama di dunia menerima penghormatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 03 2018

Zeti adalah penerima wanita pertama sejak anugerah itu diperkenalkan pada tahun 2010.

Katy Perry, tunang Jeff Bezos antara kru wanita bakal ke angkasa lepas
Enam kru penerbangan wanita sepenuhnya akan berlepas ke angkasa lepas dengan roket Blue Origin, yang pertama dalam tempoh lebih enam dekad.

Israel umum ‘sekatan keselamatan’ di al-Aqsa sempena Ramadan
Hanya lelaki berumur 55 tahun ke atas dan wanita berumur lebih 50 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid "atas sebab keselamatan."

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

Zeti terima Anugerah Diraja Kewangan Islam
Tan Sri Zeti merupakan penerima wanita pertama sejak anugerah itu diperkenalkan pada tahun 2010.