KUALA LUMPUR: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Chamber of International Commerce (COIC) Shanghai bagi meneroka peluang industri perdagangan di peringkat antarabangsa.
MoU yang ditandatangani 13 April lalu itu membolehkan WTCKL dan COIC Shanghai bersama-sama melonjakkan aktiviti perdagangan dan kerjasama ekonomi, pelaburan serta menyediakan sokongan teknikal dan fasiliti di peringkat antarabangsa.
Ia ditandatangani oleh Datuk Sri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL dan Zhou Minhao, Pengerusi COIC Shanghai.
“COIC Shanghai akan berganding bahu dengan WTCKL untuk melakukan lebih banyak aktiviti kerjasama dalam meningkatkan idea pertukaran ekonomi dan perdagangan antara perusahaan perdagangan dari kedua-dua negara dan memainkan peranan yang lebih besar untuk mempromosikan hubungan ekonomi dan perdagangan di antara Shanghai dan Kuala Lumpur,” kata Zhou Minhao.
COIC Shanghai yang berpusat di Shanghai, China merupakan sayap perdagangan milik Kerajaan China dan merupakan platform untuk aktiviti ekonomi, perdagangan, pengimportan juga pengeksportan secara domestik dan antarabangsa yang mempunyai reputasi yang cukup baik di China.
Sementara itu, Irmohizam berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan profesional yang berkualiti tinggi dalam memberi sepenuhnya sinergi dalam industri perdagangan dan pelbagai perkhidmatan sokongan.
"Selain itu, kerjasama ini akan meluaskan rangkaian perkenalan dan mengukuhkan lagi kedudukan WTCKL di peringkat antarabangsa. Lawatan misi perdangangan akan dilaksanakan di Malaysia mahupun di Shanghai dan ia akan memberi manfaat yang baik untuk ekonomi negara,” kata Irmohizam.
Beliau yang juga Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik Majlis Penasihat Anggota World Trade Centres Association (WTCA) turut menambah, sebuah seminar bertajuk ‘Exploring Opportunities at the Port Klang Free Zone’ juga telah diadakan bagi memperluaskan peluang-peluang perdagangan kepada lebih 50 peserta yang terlibat dari pelbagai agensi di Malaysia dan juga China.
Astro Awani
Wed Jul 21 2021
Menurut Irmohizam, COIC Shanghai akan berganding bahu dengan WTCKL untuk melakukan lebih banyak aktiviti kerjasama dalam meningkatkan idea pertukaran ekonomi dan perdagangan antara perusahaan perdagangan. - WTCKL
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malaysia-China meterai MoU pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif
Malaysia dan China akan melaksanakan pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif menerusi MoU yang termeterai hari ini.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
MoU Peruntukan: Syarat seperti difikirkan Kerajaan, terserah Pembangkang terima atau tidak - Zahid
Ahmad Zahid menegaskan pihaknya sedia berunding, namun syarat MoU itu tidak akan 'lari' daripada kandungan asal yang diputuskan.
Yayasan Prihatin SPRM, ELMU Foundation martabat profesion penguat kuasa
Yayasan Prihatin SPRM dan ELMU Foundation menandatangani MoU bagi memperkemas kerjasama kedua-dua pihak dalam melaksanakan program peningkatan integriti, profesionalisme dan kebajikan.
Peruntukan pembangkang: Jemput pihak ketiga mulakan rundingan MoU
Antara nama yang boleh dipertimbangkan ialah bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, badan buka kerajaan seperti Bersih atau institusi rasmi seperti SPRM.
Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pandangan kesemua Ahli Parlimen pembangkang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.