KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak hanya melaksanakan penyelesaian jangka pendek ketika menguruskan kesan pandemik COVID-19, sebaliknya tekad memastikan sebarang penyelesaian jangka pendek turut sama memberi impak jangka panjang, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Dengan mengambil contoh industri gig ekonomi, beliau menjelaskan ramai pekerja sektor informal terkesan akibat penutupan ekonomi, bagaimanapun bantuan jangka pendek yang dihulurkan turut mengambil kira kesan jangka panjang.
“Apabila ekonomi ditutup, mereka (pekerja gig) kehilangan pekerjaan dan ini memberikan kesan kepada pekerja tidak formal.
“Jadi kami berikan bantuan tunai dan pada masa sama kami tabungkan sebahagian dalam dana persaraan dan agensi perlindungan sosial dan ia dipadankan oleh syarikat penyedia perkhidmatan gig. Ini diharap memberi kefahaman kepada mereka bahawa ia sesuatu yang perlu dilakukan pada jangka panjang,” jelas Tengku Zafrul ketika menjadi panel dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022.
Jelas ahli Dewan Negara itu juga penyelesaikan jangka panjang adalah mengenai pembaharuan.
Tengku Zafrul turut menyentuh soal pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19, di mana beliau mengingatkan bahawa pemulihan adalah berbeza-beza dari sesebuah negara ke negara yang lain.
Malah proses pemulihannya juga sangat bergantung kepada keupayaan sesebuah kerajaan untuk menguruskannya.
Oleh itu, beliau menyatakan sangat penting untuk ekonomi maju membantu untuk membangunkan kapasiti negara-negara yang masih bergelut dalam fasa pemulihan.
Astro Awani
Wed May 25 2022
![WEF: Penyelesaian harus melibatkan impak jangka panjang - Tengku Zafrul WEF: Penyelesaian harus melibatkan impak jangka panjang - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653465418_TengkuZafrul.jpg)
TENGKU ZAFRUL: Apabila ekonomi ditutup, mereka (pekerja gig) kehilangan pekerjaan dan ini memberikan kesan kepada pekerja tidak formal.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![WEF #AMNC24: Tiga prinsip utama rentas pembangunan ekonomi WEF #AMNC24: Tiga prinsip utama rentas pembangunan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719197623_WEFChina.jpg)
WEF #AMNC24: Tiga prinsip utama rentas pembangunan ekonomi
Mesyuarat Tahunan Juara Baharu (AMNC) Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-15 merupakan tetingkap penting untuk memerhatikan pencapaian dan arah aliran baharu ekonomi negara membangun.
![WEF #AMNC24: Malaysia semakin diikitiraf, disegani di arena antarabangsa - Rafizi WEF #AMNC24: Malaysia semakin diikitiraf, disegani di arena antarabangsa - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694611185_RafiziRamliDebat.jpg)
WEF #AMNC24: Malaysia semakin diikitiraf, disegani di arena antarabangsa - Rafizi
Masyarakat antarabangsa bertambah yakin ekonomi Malaysia sedang berkembang dengan baik secara seimbang dan potensi negara semakin diiktiraf secara meluas.
![Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716290995_WEFTTDI.jpg)
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
![Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714575322_SoalJawabPM.jpg)
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
![Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714408520_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
![Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714405079_MohammedbinSalman.jpg)
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
![WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714375675_TBtengkuzafrulj.jpg)
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
![Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714315135_TBBISHER.jpg)
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
![Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714309837_tbFithraFaisalHast.jpg)
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
![PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714304168_AnwarIbrahim.jpg)
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.