KUALA LUMPUR: Malaysia serius dalam menambah baik aspek mudah menjalankan perniagaan di negara ini serta Kerajaan Perpaduan komited terhadap dasarnya yang properniagaan.
Itu adalah antara mesej utama yang akan dikongsikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan bakal pelabur di Davos, Switzerland.
Menerusi sesi libat urus beliau dengan dewan perniagaan dan kumpulan pelabur, satu isu penting yang telah dikenal pasti adalah aspek memulakan dan menempatkan perniagaan di Malaysia yang boleh dipermudah lagi, katanya.
"Kita mahu menjelaskan kepada pelabur bahawa kita bukan hanya terbuka untuk perniagaan sahaja malah juga menambah baik proses supaya lebih memudahkan aspek menjalankan perniagaan di sini.
"MITI juga mahu meletakkan Malaysia sebagai negara yang strategik dan destinasi pelaburan berkualiti, dan mempunyai kredibiliti sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara," katanya kepada Bernama menjelang penyertaannya dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos yang akan berlangsung pada 16 hingga 20 Januari 2023.
Bersama-sama dengan penyertaan korporat Malaysia yang positif, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya menyasar untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan boleh dipercayai, menerusi penyertaan di forum terkemuka dunia itu.
Antara sesi berjadual yang akan disertai Tengku Zafrul adalah mengenai kos fragmentasi ekonomi, rantaian bekalan dan pengangkutan serta sesi bertajuk 'Living with Risk' dengan beliau akan menjadi antara tiga ahli panel.
Beliau juga akan berkongsi pandangan dalam sesi panel dua orang bagi mengupas 'Global Trade: Navigating The Post Pandemic Supply Chain Challenge' bersama-sama dengan Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif DP World yang berpangkalan di Dubai, H.E. Sultan Ahmed Bin Sulayem.
Sesi itu akan menumpukan sama ada kuasa makroekonomi -- seperti inflasi, ketegangan geopolitik, lonjakan harga komoditi, gangguan rantaian bekalan dan kekangan kapasiti -- akan berterusan sehingga 2023 dan cara untuk syarikat boleh mencipta rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan.
WEF jadi Wadah Terbaik
Agenda penyertaan MITI kali ini adalah untuk mengangkat suara Malaysia di persada antarabangsa dan berkongsi hala tuju dan dasar-dasar negara dari segi pelaburan, perdagangan dan pemerkasaan industri.
Sehubungan itu, WEF dilihat sebagai antara platform terbaik kerana ia dianjurkan pada awal tahun.
Tengku Zafrul berkata Malaysia boleh mengetengahkan perkara yang menjadi agenda ekonomi negara.
"Saya serta rakan-rakan sejawatan dari negara lain berpeluang bertukar pandangan tentang cabaran yang bakal dihadapi pada 2023 dan persiapan untuk berhadapan dengannya," katanya.
WEF juga memberi peluang untuk bertemu dengan pemimpin koporat kerana sektor swasta juga akan berada di sana terutama syarikat multinasional untuk melabur di Malaysia atau yang merancang meningkatkan pelaburan sedia ada.
Dari segi persediaan kali ini, pihak MITI dan agensi utama seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan InvestKL telah melakukan persiapan yang cukup dalam mengatur pertemuan strategik dengan rakan sejawatan dari Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah serta peserta industri antarabangsa utama sektor pendigitalan, teknologi, ekuiti swasta, pengilangan dan perubatan.
Korporat Malaysia
Di samping penyertaan MITI, WEF juga akan menyaksikan sektor korporat dari Malaysia terutama wakil daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Khazanah Nasional Bhd.
"Ini penting untuk kita menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa pihak kerajaan dan juga pihak swasta Malaysia bersedia bekerjasama secara strategik untuk menarik pelaburan berimpak tinggi dan membawa ekonomi negara ke tahap yang lebih baik," kata Tengku Zafrul.
Beliau berkata justeru di Davos, kerajaan dan sektor swasta mesti mendorong keyakinan terhadap Malaysia.
"Kadang-kadang kita terlalu cepat berputus asa atau bimbang tidak berjaya. Kita mesti menunjukkan kita sebagai pihak yang bersatu dan mendukung kualiti terbaik Malaysia.
"Ia adalah pendekatan negara secara menyeluruh, dengan syarikat swasta bersama sektor kerajaan memastikan kepentingan Malaysia sentiasa terjaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Tengku Zafrul berkata Malaysia boleh mengetengahkan perkara yang menjadi agenda ekonomi negara. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
WEF 2023: Mesej utama Malaysia, tambah baik aspek mudah jalankan perniagaan - Tengku Zafrul
Pihak kerajaan dan swasta Malaysia bersedia bekerjasama secara strategik untuk menarik pelaburan berimpak tinggi.