Pertubuhan pertanian inklusif, WEF, Grow Asia akan bekerjasama bagi merangka penyelesaian yang berpotensi menjana kesan berskala besar bagi pekebun kecil.

Ini termasuk penyelesaian teknologi kewangan dan mudah alih inovatif.

Menurut Pengarah Urusan Grow Asia Singapura, Kavita Prakash-Mani kumpulan kerja kewangan serantau Grow Asia kini sedang berbincang dan menguji pelbagai jenis penyelesaian kewangan.

Katanya, kumpulan itu juga sedang mengumpul kajian kes dalam usaha merapatkan jurang keterangkuman kewangan di negara ASEAN.

Ia juga sedang membangunkan penyelesaian pembiayaan kewangan bagi membolehkan pekebun kecil menanam semula tanaman mereka.

IKUTI LAPOR LANGSUNG WEF 2016 DI SINI


Di samping itu, Grow Asia juga merancang untuk merangka penyelesaian mudah alih untuk membantu petani mengakses pasaran, kewangan serta maklumat mengenai agronomi, haiwan perosak, cuaca dan harga.

Grow Asia setakat ini telah menyokong lima negara rakan kongsi iaitu Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Vietnam.

Grow Asia ditubuhkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dengan kerjasama sekretariat ASEAN.

Ia melibatkan penyeryaan lebih 160 pemimpin kerajaan, sektor swasta, masyarakat awam, persatuan petani, agensi antarabangsa dan penderma.