Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VCPM) melancarkan edisi khas 'JOIN' bagi model Polo, Vento Comfortline dan Highline, Tiguan Highline dan Passat Comfortline.
Edisi khas 'JOIN' terbaharu ini menyediakan pakej aksesori ekslusif termasuk 'side scuff plates', 'rear spoiler', 'trunk garnish' VW Tint dan pelbagai lagi tambahan bernilai sehingga RM12,000, bergantung kepada model.
Menurut Pengarah Urusan VCPM Erik Winter, pelancaran 'JOIN' ini membuktikan komitmen syarikat untuk menyediakan produk terbaik dan pelbagai kepada penduduk Malaysia.
"Model JOIN ini adalah naik taraf model asas kami di mana kami menyediakan aksesori supaya kelihatan lebih elegan dan bergaya.
"Harganya pula bergantung kepada model, dan ia berbeza. Nilai kepada pembeli pula adalah antara RM7,000 dan RM12,000," kata Winter kepada Astro AWANI pada acara Volkswagen Fest 2018 di Setia Alam yang bermula Jumaat lalu.
Jelasnya, Volkswagen Fest 2018 adalah acara tiga hari yang dianjurkan bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk memandu uji pelbagai model serta melihat koleksi klasik Volkswagen.
"Kami ada pelbagai aktiviti menarik untuk tiga hari ini, pengunjung yang berminat untuk membeli boleh mengambil peluang menerima rebat dan voucher petrol sehinga RM3,000.
"Di sini kami juga ada sudut khas di mana pemilik kereta Volkswagen boleh membuat ujian 20 mata," katanya.
Acara ini turut menyaksikan kerjasama Volkswagen dan Lazada Malaysia di mana 25 unit model JOIN boleh didapati secara eksklusif pada tawaran harga lebih baik, menerusi platform Lazada sebelum 30 Okt ini.
Sementara itu, VCPM turut melancarkan aplikasi 'Volkswagen Cares' iaitu program di mana pembeli boleh menerima perkhidmatan sebelum dan selepas pembelian, termasuk interaksi dengan perkhidmatan pelanggan dan bantuan 24 jam.
Dania Zainuddin
Sat Oct 13 2018
Model JOIN adalah naik taraf model asas Volkswagen dengan menyediakan aksesori supaya kelihatan lebih elegan dan bergaya. - Foto AP/Fail
Piala EFL: Selepas seri berdepan Manchester United, Liverpool dimalukan Tottenham
Gol pertama Bergvall hadir ketika perlawanan berbaki empat minit, dengan mereka bakal buat perhitungan sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju Sukma 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..
Peniaga jual minyak masak peket kepada orang tertentu, sorok barang kawalan
Pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 140kg minyak masak peket 1kg yang disimpan di stor simpanan barang.
#AWANIRingkas 9 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Januari 2025
1️⃣ Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
2️⃣ Polis Johor tubuhkan pasukan khas siasat pelaku
3️⃣ Dua maut akibat kebakaran
1️⃣ Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
2️⃣ Polis Johor tubuhkan pasukan khas siasat pelaku
3️⃣ Dua maut akibat kebakaran
Hezbollah melemah, parlimen Lubnan pilih presiden baharu
Parlimen Lubnan akan cuba memilih presiden baharu pada Khamis, di tengah landskap politik yang bergolak.
AWANI Ringkas: Malaysia sasar muktamadkan perjanjian DEFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kepala kanak-kanak tiga tahun tersepit tiang rumah
Tindakan pantas anggota pemadam kebakaran (Damkar), berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu dengan selamat.
Volkswagen Malaysia lancar edisi khas model 'JOIN'
Volkswagen Passengers Cars Malaysia melancarkan edisi khas 'JOIN' bagi model Polo, Vento Comfortline dan Highline, Tiguan Highline dan Passat Comfortline.