Lembaga Sumber Air California mendedahkan pengeluar kereta Volkswagen menggunakan perisian tersembunyi untuk mengaburi unit ujian kawalan pencemaran Amerika.
Volkswagen didakwa memasang perisian tersembunyi pada 2-liter enjin diesel empat silinder.
Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat dan Lembaga Sumber Air California, perisian itu hanya dihidupkan ketika ujian kawalan pencemaran dalam makmal dan dimatikan semasa pemanduan sebenar.
"Kami mendapati apabila kenderaan tersebut berada di atas jalan, ia berfungsi berbeza dari ujian yang kami jalankan di makmal ujikaji iaitu ia mengeluarkan lebih banyak asap" kata Jurucakap Lembaga Sumber Air California, John Swanton.
Kesan daripada itu, 482,000 unit Volkswagen keluaran 2009-2015 mengeluarkan sehingga 40 kali lebih banyak asap nitrogen oksida melebihi had yang dikenakan undang-undang AS.
Volkswagen turut mengakui peranti kawalan pencemaran itu dipasang pada 11 juta kenderaannya di seluruh dunia.
Pekerja Volkswagen di Jerman enggan memberikan komen berkenaan skandal pelepasan ujian asap.
Menurut penduduk di lokasi kilang Volkswagen di bandar Wolfsburg, skandal tersebut dikhuatiri akan turut memberikan kesan kepada ekonomi tempatan.
"Volkswagen syarikat yang sangat penting bagi rantau ini. itulah sebab mengapa orang berhati-hati di sini sekarang. Masyarakat dan syarikat di rantau ini juga amat berhati-hati sekarang."
"Namun, saya rasa keadaan di sini kekal tenang kerana mereka sudah biasa dengan ketidatentuan ekonomi. Kami bersedia tapi pada masa yang sama, kami bersikap positif untuk masa hadapan," kata salah seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan.
Kejayaan Volkswagen telah menyumbang kepada pertumbuhan pasca perang Jerman barat di bandar Wolfsburg.
Di bandar itu lebih setengah daripada penduduknya bekerja di kilang Volkswagen.
Nurulhana Ismail
Thu Oct 01 2015
Skandal tersebut dikhuatiri akan turut memberikan kesan kepada ekonomi tempatan. - Gambar Fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Volkswagen guna peranti, elak ujian kawalan pencemaran
Lembaga Sumber Air California mendedahkan bagaimana pengeluar kereta Volkswagen menggunakan perisian bagi mengaburi unit ujian kawalan pencemaran Amerika.