Ekosistem ICT kini lebih tertumpu kepada aspek rangakain sosial yang dapat membantu usahan ICT tempatan untuk maju ke tahap yang lebih tinggi. Ia berbeza dengan beberapa tahun yang lalu dimana aspek dana dan wang sering diberi penekanan.

Presiden NEF Ashran Datuk Ghazi usahawan di Lebuh Silicon (Silicon Valley) lebih memberi fokus kepada rangkaian sosial menyeluruh dimana ia dapat membantu usahawan dalam perniagaan mereka.

Tambah Ketua Jawatankuasa Penilaian Kategori Kreatif Zainariah Johari pula, usahawan perlu membantu antara satu sama lain bagi memantapkan perniagaan mereka.

“Kita harus melebarkan jaringan bersama rakan-rakan kita yang membuat produk yang kita perlukan,” kata beliau.

Anugerah ICT NEF-AWANI ke-3 akan berlangsung pada 20 Disember 2013. Ia adalah hasi kerjasama Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) dan Astro AWANI (Astro Saluran 501)