Aspek komersil akan menjadi aspek penting bagi menentukan pemenang-pemenang Anugerah ICT NEF-AWANI yang akan berlangsung pada 20 Disember.

Ia sebagai bukti bahawa usahawan Bumiputera bukan sahaja mampu menghasilkan kandungan yang kreatif namun berjaya untuk memasarkan produk mereka sama ada di Malaysia, rantau ini atau seluruh dunia.

“Cara anugerah ini dirancang agar ia memberi peluang untuk syarikat-syarikat tempatan mendedahkan produk-produk mereka,” kata Presiden NEF Ashran Datuk Ghazi.

Penekanan diberikan daripada aspek komersil yang harus seimbang dengan kandungan yang kreatif.

“Sekadar kita seronok sahaja untuk menghasilkan sesuatu yang cantik tapi tidak ada sesiapa yang hendak lihat atau guna... maka ia tidak sampai kepada pengguna,” kata Ketua Jawatankuasa Penilaian Kategori Kreatif Zainariah Johari.

Tahun ini juga akan menampilkan rancangan ‘NEF-AWANI The Pitch!’ untuk memberi inspirasi kepada masyarakat.

“Kita nak buat masyarakat di luar sana untuk tidak takut dengan teknologi dan tidak takut untuk mejadi kreatif,” tambah Zainariah.