Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memeterai usahasama dengan Goodman Group di ibu negara dengan nilai pelaburan mencecah RM1.4 bilion di sini, hari ini.
Ia merangkumi pelaburan dalam sektor perindustrian dan aset logistik yang sofistikated.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Strategi KWSP, Mohamad Nasir Ab Latif, kolaborasi kali ketiga ini melibatkan usahasama 50-50 pelaburan daripada kedua-dua pihak.
Pelaburan dalam bentuk gudang logistik moden dijangka dibina di Malaysia dan Singapura.
Ia dijangka memberi pulangan atas pelaburan (ROI) tujuh peratus.
"Gudang ini akan meliputi kawasan seluas 15 ekar. Strukturnya berbentuk moden dan dibina dengan elemen jimat tenaga dalam pengendalian operasinya. Konsepnya serupa dengan Syarikat MNC seperti Amazon dan Schenker," kata Mohamed Nasir.
Setakat 31 Disember 2014, hartanah dan infrastuktur menyumbang 3.01 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP yang berjumlah RM1.39 bilion.
Ia merekod kenaikan sebanyak 22.3 peratus daripada pendapatan pada 2013.
Melissa Ong
Fri Feb 13 2015
![Usahasama RM1.4 bilion KWSP dengan Goodman Group Usahasama RM1.4 bilion KWSP dengan Goodman Group](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71423814057_295x200.jpg)
MOHAMAD: Gudang ini akan meliputi kawasan seluas 15 ekar. Strukturnya berbentuk moden dan dibina dengan elemen jimat tenaga dalam pengendalian operasinya.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Usahasama RM1.4 bilion KWSP dengan Goodman Group Usahasama RM1.4 bilion KWSP dengan Goodman Group](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71423814057_295x200.jpg)
Usahasama RM1.4 bilion KWSP dengan Goodman Group
DAP seharusnya mengutamakan pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).